Oleh pada 08 Nov 2022 kategori

Mungkin ramai yang agak tidak percaya apabila membaca kisah ini, namun apa yang dilakukan oleh Amar Bharati adalah satu kisah benar. 

Bharati mengangkat tangan kanannya ke atas dan langsung tidak menurunkannya sejak 49 tahun yang lalu. Tetapi, mengapa dia tidak menurunkan tangannya?

Bharati memilih untuk menjadi seorang India Sadhu kira-kira empat dekad yang lalu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

amar bharati angkat tangan india shiva

Ini bermakna dia memilih untuk menjalani hidup jauh dari hedonistik dunia, keperluaan kebendaan dan mendekatkan diri dengan aktiviti yang suci, dengan kata lain menjadi sebagai seorang sami.

Apa yang menarik adalah kisah perubahan drastik daripada seorang lelaki biasa kepada Bharati yang baharu, serta asbab disebalik perubahan itu. Untuk lebih memahami, kita perlu melihat kehidupannya sebelum perubahan besar ini berlaku.

Kehidupan sebelum "mengangkat tangan"

india amar bharati

Pada tahun 1970-an, Bharati bekerja di sebuah bank India, menjalani kehidupan sederhana bersama isteri dan tiga orang anak mereka. 

Pada suatu hari, dia seolah-olah mendapat "petunjuk" entah dari mana yang membuatkan Bharati memilih untuk meninggalkan keluarga, kerjaya dan rakan-rakannya untuk menuruti seruan agamanya.

Bharati memutuskan untuk mendedikasikan sisa hidupnya kepada Shiva, tuhan agama Hindu.

Menurut BBC, Shiva adalah tuhan ketiga dalam kepercayaan triumvirate Hindu. Triumvirate terdiri daripada kepercayaan tiga tuhan yang bertanggungjawab untuk penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan dunia. Dua tuhan yang lain ialah Brahma dan Vishnu.

Brahma dipercayai sebagai pencipta alam semesta manakala Vishnu adalah pemeliharanya. Peranan Shiva adalah untuk memusnahkan alam semesta untuk menciptanya semula.

tangan amar bharati tidak lagi dirasai

Pada mulanya, dia masih merasakan godaan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan sebagai seorang sami.

Disebabkan ini, Bharati berasa bahawa dia perlu melakukan sesuatu yang dianggap lebih drastik untuk benar-benar memantapkan pegangan agamanya.

Dan inilah sebabnya mengapa dia memilih untuk mengangkat tangannya pada tahun 1973 dan terus berbuat demikikan sepanjang hayatnya untuk menunjukkan kepercayaan dan penghargaannya terhadap Shiva.

Tidak lama kemudian, Bharati menjadi agak popular di seluruh dunia dan isyarat tangan ini telah menjadi inspirasi kepada beribu-ribu orang.

Apabila ditanya mengapa dia mengangkat tangannya, Bharati selalu menjawab bahawa isyarat ini adalah untuk memerangi terhadap peperangan dan menyokong keamanan dunia serta sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormatnya terhadap Shiva.

Di awalnya usahanya, tangan Bharati berasa tersangat sakit, namun dia berasakan bahawa kesakitan itu tidak pernah melebihi dedikasinya terhadap Shiva.

tangan amar bharati

Selepas dua tahun pertama, kesakitan yang dirasakan Bharati mula berkurangan dan akhirnya segala rasa serta deria pada tanganya hilang sepenuhnya.

Ada yang berpendapat bahawa kerana peredaran darah di tangan kanannya telah terputus sepenuhnya, maka dia tidak akan dapat menurunkannya, manakala yang lain mendakwa bahawa dia sebenarnya masih boleh menurunkan lengannya jika dia mahu tetapi memilih untuk tidak melakukannya secara ideologi.

Untuk membayangkan usaha yang sangat besar yang telah dilakukan oleh Bharati selama 45 tahun yang lalu, cuba angkat tangan anda selama beberapa minit dan anda tangan anda mungkin akan berasa lenguh atau sakit selepas 2 hingga 3 minit. 

Mengangkat tangan demi keamanan

kisah lelaki angkat tangan 50 tahun

Dalam satu temu bual yang jarang berlaku yang dilakukan oleh media India pada sebuah majlis, Bharati berkata:

"Saya tak mintak banyak. Mengapa kita berlawan sesama sendiri, mengapa kita bergaduh sesama sendiri, mengapa ada begitu banyak kebencian dan permusuhan antara kita? Saya mahu semua orang India hidup dengan aman. Saya mahu seluruh dunia hidup dengan aman,".

Tindakan ini telah menginspirasikan ramai orang di seluruh dunia untuk berjuang untuk keamanan dunia dengan cara mereka sendiri.

Lebih menarik, isyarat tangan ini menginspirasikan rakyat India lain menjadi Sadhu (bhikkhu Hindu) dan mengangkat tangan tinggi untuk jangka masa yang lama, tetapi tiada siapa pun yang berjaya mengalahkan rekod Bharati.

Bharati masih mengangkat tangan dan tidak bercadang untuk menurunkannya dalam masa terdekat.

Dan walaupun jika Bharati ingin menurunkan tangannya, otot-ototnya mengalami atrofi yang teruk dan kemungkinan besar menurunkan tangannya akan menyebabkan kerosakan saraf kekal di lengan.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk Bharati untuk terus mengangkat tangannya sepanjang hayat bukan sahaja atas sebab kesihatan tetapi juga atas sebab rohani.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)