Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Astro Awani

Akhirnya, teka-teki berita pernikahan Fattah Amin dan Fazura seakan terjawab apabila seorang sumber mengesahkan kepada Utusan Online bahawa pasangan ini telahpun diijabkabulkan pada 14 November lalu, jam 12.30 tengah malam dengan hanya sekali lafaz.

Dikatakan, majlis tertutup itu diadakan di kediaman nenek Fazura, dan mereka dinikahkan oleh abang kandung Fazura sendiri.

Malah, menerusi perancangan asal, pasangan ini ingin bernikah di Tanah Suci Makkah, namun berhadapan beberapa masalah yang menghalang niat itu.

Akhirnya, pertunangan dilangsungkan pada 13 November lalu.

"Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu. Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memiĀ­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal," kata sumber itu, memetik portal Utusan Online.

sumber sahkan fattah amin dan fazura sudah bernikah 2

Kredit foto: artisbuzz.com

"Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana. Oleh itu, pada hari pertunangan mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah," katanya lagi.

sumber sahkan fattah amin dan fazura sudah bernikah 3

Kredit foto: Utusan Online

Sebelum ini pengurusan Fattah menafikan dakwaan pernikahan yang berlangsung, sebaliknya menegaskan majlis di kediaman nenek Fazura itu hanyalah kenduri doa selamat sempena keberangkatan mereka ke Makkah.

Malah Fazura juga pernah menidakkan dakwaan dia bakal bertunang dengan meyakinkan pihak media dirinya tidak sekali-kali akan mengabaikan mereka sekiranya benar majlis itu terjadi.

Sumber berita: Utusan Online & Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)