10 tips shaheizy sam sado dalam 10 bulan

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam

Pelakon Polis Evo, Shaheizy Sam mendedahkan dia berusaha selama sekurang-kurangnya 10 bulan untuk memperoleh bentuk badan kekarnya kini.

Tekad itu bermula sejak akhir tahun 2016 dengan menjadikan senaman dan diet sebagai rutin harian.

“Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama.

“Biarpun ada yang menuduh saya mengambil barang terlarang untuk sado, hanya saya sahaja yang tahu cabarannya selama hampir setahun ini,” katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Mengulas mengenai tubuhnya yang dikatakan lebih kurus, Sam bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

“Berat badan saya maintain, tak turun... Mungkin kerana lemak dahulu dah bertukar menjadi muscle.

“Pesan saya kepada semua, jika mahu berjaya antara cabaran yang perlu dilalui ialah tahan makan makanan yang sedap-sedap dan tinggi kalori.

“Saya mengakui itu cabaran mental yang paling susah untuk saya,” akuinya.

Dalam pada itu, Sam memberitahu dia turut berhadapan dengan kecederaan sewaktu menjalani latihan angkat berat, Mac lalu.

Susulan itu, aktiviti angkat beratnya terpaksa dihentikan selama tiga bulan, membuatkannya lebih berwaspada.

Sementara itu, Sam akui perubahan bentuk badan tersebut bukan sahaja menjadikan dirinya lebih fit, malah memudahkan tugasan aksi stunt ketika penggambaran filem Polis Evo 2 berlangsung.

Filem yang turut dibintangi aktor Zizan Razak itu dijadualkan menemui penonton tahun hadapan.

10 TIPS SADO GAYA SAM

1. Selepas bangun tidur, ambil minuman black coffee (tanpa gula!) setiap hari.

2. Selepas itu, lakukan senaman kardio selama 30 minit hingga sejam untuk membakar lemak-lemak badan.

3. Weightlifting jam 9 malam setiap hari untuk kekalkan otot badan.

4. Amalkan pengambilan karbohidrat dan protein dalam hidangan makanan pagi dan tengahari sebelum membina otot.

5. Ambil makanan daripada sumber protein seperti ayam dan ikan untuk setiap 3 hingga 4 jam sekali. Kurangkan makan malam!

6. Elak makanan berminyak serta minuman bergula. Kurangkan garam dalam hidangan.

7. Makan nasi boleh tapi hanya beras perang sahaja.

8. Untuk "Cheat Day" boleh makan apa sahaja yang diinginkan tapi hanya seminggu sekali. Namun pada hari tersebut, anda masih perlu mengamalkan rutin senaman seperti biasa.

9. Akhirnya selepas mendapat bentuk badan terkininya, Sam memberitahu dia mula mengambil menu berat, namun hanya sekali sahaja iaitu selepas senaman kardio setiap pagi. Banyakkan fiber dalam hidangan tengahari, elakkan makan malam.  

10. Penting untuk mengawal kalori dengan memastikan pengambilan kalori anda di bawah 2000 setiap hari bagi memastikan lemak di badan berkurangan ataupun kekal di tahap yang sama.

*Boleh dapatkan jurulatih peribadi sekiranya mahu/perlu.

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)