foto terkini anak sulung shaheizy sam akhirnya didedahkan 1

Kredit foto: The Malay Mail Online 

Sekian lama berahsia, akhirnya aktor Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin bermurah hati untuk mendedahkan foto wajah anak mereka kepada peminat.

Anak sulung yang diberi nama Syeriv Samheizy itu juga telahpun memiliki akaun Instagramnya sendiri.

Ini luahan kapsyen yang disertakan dengan foto tersebut. 

foto terkini anak sulung shaheizy sam akhirnya didedahkan 2

Kredit foto: Instagram Syeriv Samheizy

Assalamualaikum semua! Saya sudah sampai rumah! Nama saya Syeriv Samheizy bin Shaheizy Sam. Syatilla Melvin pula nama ibu saya. Saya lahir pakai kaedah c-section pada 9 May 2017 di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Selangor. Hari ni umur saya 46 hari. Kalau rasa susah nak sebut nama saya, bapa selalu panggil 'Bebiboi' saja. Syeriv ni bapa cakap ejaan yang lain untuk Sherif, Syarif, Sharif atau Sarip. Ala, bunyinya sama saja. Macam Ahmad/Ahmet/Ahmed, eja lain tapi bunyi dan maksud tetap sama. Tapi Samheizy ni saya tak tahu maksud apa. Bapa cakap nama tu melambangkan seorang yang kacak, bergaya, tampan tapi comel dan berbau wangi. Tapi saya tak percaya. Ibupun tak percaya. Ibu cakap yang bapa tak macam tu pun (mengeluh). Nanti saya pos lagi gambar saya banyak-banyak di sini, ya? Ibu cakap ada banyak lagi gambar yang kacak-kacak ibu nak kongsi dari hari pertama saya dilahirkan. Baik, selamat tinggal. P/S : BAPAK SAYA 'SEMPOI'!

Sehingga kini, akaun Syeriv telah diikuti oleh 30,000 pengguna Instagram.

Rata-rata netizen tidak ketinggalan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan memuji kecomelannya.

Pasangan Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 selepas beberapa tahun berkenalan.

foto terkini anak sulung shaheizy sam akhirnya didedahkan 3

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam 


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)