Oleh pada 14 Aug 2017 kategori

akhirnya ini pendedahan terkini shaheizy sam isu diisytihar muflis 1 598

Kredit foto: rainboewsstory.blogspot.my & english.astroawani.com

Merasakan dirinya teraniaya, aktor Shaheizy Sam bangkit menyuarakan rasa terkilan terhadap tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak prihatin dan sewenang-wenangnya menayangkan data peribadinya dalam siaran notis muflis di akhbar tempatan baru-baru ini.

Sam tidak dapat menerima alasan LHDN yang dianggapnya tidak masuk akal, malah mendakwa dirinya menjadi mangsa keadaan.

Membayar cukai menjadi tanggungjawab, malah saya ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj. Tiada istilah mereka tak boleh cari saya. Saya bukan kerja pejabat dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Saya berlakon tak tentu masa dan ada hari saya tiada di rumah. Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai. 

Sumber: BH Online

akhirnya ini pendedahan terkini shaheizy sam isu diisytihar muflis 2

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam

Sejak mula berlakon lagi, saya sudah melaksanakannya. Tak perlu risau. Kali terakhir mereka datang ke rumah pada 9 Mei lalu ketika anak sulung dilahirkan dan saya berada di hospital. Saya umumkan hal itu di laman sosial. Dua tiga minggu sebelum notis itu dikeluarkan, beberapa wakil LHDN datang ke rumah dan menyerahkan borang CP 500. Kenapa mereka tak maklumkan hal berbangkit? Kenapa pilih guna surat khabar pula? 

Sumber: BH Online

Dalam perkembangan terkini, Sam dan ejen cukainya masih menantikan penjelasan sebenar daripada pihak terlibat. 


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)