Oleh pada 21 May 2017 kategori

Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang digunakan di seluruh dunia dan juga merupakan bahasa komunikasi utama diseluruh dunia. Kita dapat lihat sendiri bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain. Ini dapat dibuktikan bahawa apa sahaja acara dan aktiviti diperingkat global kebanyakkan menggunakan bahasa Inggeris seperti contoh acara sukan iaitu Olimpik dan juga Piala Dunia.

Mempelajari Bahasa Inggeris sebagai salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah perlu diberi nilai positif dan persepsi yang baharu. Dasar dan pelan pendidikan yang sentiasa meletakkan peranan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita menunjukkan dengan jelas bahawa dalam proses melahirkan pelajar yang bermutu dan berwibawa, kemahiran berbahasa dengan baik sangat penting. Dasar dan pelan pendidikan yang dimaksudkan itu adalah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

BESARKAN TEKS     A-  A+

chuah joon ming

Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak guru yang hebat dan berbakat, diantaranya adalah seorang guru Bahasa Inggeris yang bernama Chuah Joon Ming atau lebih mesra dipanggil Cikgu Chuah. Cikgu Chuah merupakan seorang guru muda yang berusia 33 tahun dan berkhidmat di SJKC Sin Min, Alor Setar, Kedah. Cikgu Chuah memiliki Sarjana Pendidikan (Kukurikulum dan Pengajaran) dari Universiti Utara Malaysia dan amat meminati bidang muzik dan sukan.

Pada awal bulan Mei 2017, Cikgu Chuah telah dijemput oleh salah satu organisasi pendidikan terkenal di China iaitu Mingsi untuk mempamerkan dan memberi tunjuk ajar sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dalam program "Nanhai Quality Education Innovation Forum: National Primary English Language Lesson Study for Elementary School" di Stadium Nanhai, China.

sebahagian 3000 orang guru seluruh china

Terdapat sejumlah 3,000 orang guru Bahasa Inggeris seluruh negara China telah menghandiri program ini yang berlangsung selama 3 hari. Seramai 21 orang guru-guru pakar Bahasa Inggeris dari negara China dan satu-satunya guru Bahasa Inggeris dari Malaysia iaitu Cikgu Chuah yang telah di jemput untuk membuat persembahan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di hadapan guru-guru di seluruh China.

cikgu chuah mempersembahkan sesi pengajaran dan pembelajaran

Cikgu Chuah telah dijemput untuk mengajar 42 orang murid di hadapan 3,000 orang guru tersebut. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dipersembahkan oleh Cikgu Chuah di antaranya termasuklah teknik sing a long sambil bermain insturmen muzik iaitu gitar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut yang bertajuk "Play with Adjective".

Semasa persembahan Cikgu Chuah berlangsung, terdapat juga sesi "Live Comment" di mana setiap pakar-pakar dan guru-guru akan menilai dan memberi komen mengenai persembahan tersebut. Cikgu Chuah telah mendapat komen-komen yang amat positif sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakannya.

cikgu chuah bermain gitar

Cikgu Chuah memberitahu bahawa salah satu yang menjadi elemen utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah "Fun Learning". Murid akan berasa lebih seronok dan minat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah ini. Cikgu Chuah mengamalkan kaedah "make the lesson fun and the learning will come"

cikgu chuah bersama guru guru di stadium nanhai china




Hakcipta iluminasi.com (2017)