Pasti anda pernah terdengar kata-kata inspirasi dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, “work hard in silence, let your success make the noise”, tetapi kisah seperti ini tidak banyak yang menjadi kenyataan.

Namun, Mohammed Abubakar telah membuatkan kita lebih yakin untuk mempunyai impian yang besar dan kisah hidupnya membuatkan kita lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semuanya bermula 24 tahun lalu apabila lelaki dari Nigeria ini mula bekerja untuk syarikat penerbangan domestik Air Azman sebagai seorang tukang cuci.

Kisah bagaimana beliau menjadi tukang cuci juga adalah satu kisah yang menarik. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, Abubakar berhijrah ke Kaduna untuk menyambung pengajian di Politeknik Kaduna. 

Malangnya, atau dalam kisah ini, bertuahnya bagi Abubakar, beliau terlambat dan tidak diterima masuk.

syarikat penerbangan domestik nigeria air azman

Disebabkan tidak mahu menganggur, beliau bekerja secara kasual sebagai tukang cuci pesawat. Ketika itu, gaji yang dibayar hanyalah 200 Naira Nigeria bersamaan dengan RM2.33.

Jumlah itu tersangat kecil dan ramai yang beranggapan bahawa Abubakar tidak akan bertahan lama dengan kerja tersebut. Namun, beliau terus tekun dan tak lama kemudian diambil sebagai kakitangan sokongan yang memberi perkhidmatan kepada pesawat di lapangan.

Dari situ, beliau banyak belajar tentang industri penerbangan. Selepas prestasi yang memuaskan, Abubakar mendapat peluang untuk menjadi kru kabin dengan bayaran gaji yang lebih lumayan.

Kemudian, beliau berpindah ke Aero Contractors sebagai pramugara. 

Apabila Aero Contractors memulakan perkhidmatan berjadual, Abubakar memberikan beberapa input yang bernilai yang sangat membantu syarikat, berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

Beliau kemudiannya membina hubungan kerja yang sangat baik dengan pihak atasan syarikat yang mana sering bertanyakan kepada beliau tentang pelbagai perkara.

kisah mohammed abubakar dari seorang tukang cuci kepada juruterbang 2

Gembira dan kagum dengan kerjasama yang diberikan beliau, Timbalan Pengarah Urusan syarikat terbabit memberikan gaji yang lumayan kepada Abubakar.

Beliau memberitahu bahawa ketika menerima gaji pertama dari Aero Contractors, beliau sangat terkejut malah beranggapan bahawa syarikat tersebut telah melakukan kesilapan kerana gaji yang diterima tersangat tinggi iaitu sekitar 170,000 Naira bersamaan dengan RM1,980.

Gaji ini jauh lebih dahsyat berbanding dengan gajinya sebagai tukang cuci sebanyak RM2.33.

kisah mohammed abubakar dari seorang tukang cuci kepada juruterbang 116

Dan disebabkan Abubakar merupakan seorang yang sangat pintar, beliau tidak menjalani kehidupan yang mewah walaupun menerima gaji yang tinggi.

Sebaliknya, beliau memutuskan untuk menyimpan dan melabur.

Dengan nasihat Timbalan Pengarah Urusan Aero Contractors yang juga merupakan seorang rakan baginya, Abubakar belajar untuk menjadi seorang juruterbang.

Beliau akhirnya menerima lesen juruterbang persendirian di Kanada. Akhirnya impian Abubakar tercapai dan beliau dengan bangganya bergelar sebagai seorang kapten.

Rujukan:

1. Ptama

2. The Things

3. Truth Theory




Hakcipta iluminasi.com (2017)