Ryan Bakery : idola ramai yang bukan biasa-biasa

"Bukan susah nak jadi susah dan bukan senang nak jadi senang". Pepatah ini menerangkan segala-galanya mengenai kehidupan kita di dunia.

Untuk menjadi susah, adalah perkara yang mudah. Anda tak perlu berusaha dan lama kelamaan anda akan mendapati hidup anda menjadi sukar (melainkan jika anda lahir dalam katil emas).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan untuk menjadi senang, adalah sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil jika anda bekerja keras ke arahnya. Apa yang membezakan orang biasa dengan orang yang berjaya dan kaya adalah pemikiran.

Terdapat perbezaan yang tersangat ketara yang berasal dari pemikiran berlainan termasuklah tingkah laku dan budaya. iluminasi.com kongsikan 5 perkara yang dilakukan oleh orang biasa dan tidak oleh orang berjaya.

1. Orang biasa banyak tonton TV

tonton tv

Cuba fikirkan, berapa jam anda habiskan di hadapan kaca TV menonton drama-drama kegemaran pada jam 7 petang dan bila kali terakhir anda habis membaca sebuah buku?

Dan berapa buah buku anda baca dalam setahun? Jika anda pernah melihat rumah orang berjaya, pasti anda akan sedar bahawa mereka mempunyai perpustakaan mini.

Warren Buffett, ahli perniagaan Amerika yang terkenal, pelabur dan manusia ketiga terkaya di dunia mengaitkan kejayaannya dengan pembelajaran secara berterusan.

bill gates baca buku

Beliau berkata, "Saya menghabiskan sebahagian besar waktu sehari saya dengan membaca". Beliau menganggarkan bahawa dkira-kira 80% daripada waktunya dalam sehari dihabiskan dengan membaca sekurang-kurangnya 500 muka surat setiap hari.

Bill Gates membaca kira-kira 50 buah buku setahun, iaitu 1 buku setiap minggu. Mark Cuban membaca lebih dari 3 jam setiap hari.

Elon Musk adalah seorang pembaca yang tegar dan ketika ditanya bagaimana beliau belajar membina roket, beliau berkata "Saya membaca buku."

Jadi, berapa buah buku anda baca dalam setahun?

2. Orang biasa dibayar mengikut jumlah jam bekerja

datuk ramly mokni

Sebagai contoh, anda bekerja di sebuah restoran makanan segera. Anda mungkin adalah juruwang atau pencuci lantai terbaik di atas muka bumi ini, tetapi apakah nilai yang anda bawa kepada syarikat tersebut?

Anda hanya akan dibayar mengikut jumlah jam bekerja tak kiralah sebersih mana anda mengelap lantai.

Orang yang kaya dibayar berdasarkan hasil dan bukannya waktu yang dilaburkan. Bayangkan anda bekerja menghasilkan satu produk dan menghabiskan masa setahun menyempurnakan produk tersebut.

Anda bawa masuk produk ke pasaran dan ia tidak mendapat sambutan, maka anda tak akan menjana pendapatan. Tak ada siapa yang peduli berapa lama anda habiskan masa dan berapa tinggi risiko untuk menghasilan produk tersebut.

Apa yang mereka peduli adalah hasil. Oleh sebab itu atlet yang mendapat bayaran tertinggi di dunia, sebagai contoh Cristiano Ronaldo tidak dibayar berdasarkan jumlah jam yang beliau berlatih.

Apa yang diambil kira adalah betapa baik prestasi beliau dan berapa banyak gol yang dijaringkan untuk membantu pasukan.

3. Orang biasa sering salahkan orang lain

salahkan orang lain

Bagi orang yang gagal, mereka jadikan menyalahkan orang lain atas nasib malang mereka sebagai satu tabiat. Ia salah ekonomi, ia salah kerajaan, ia salah majikan, ia salah pekerjaan dan banyak lagi.

Ia sentiasa menjadi kesalahan orang lain, dan bukannya salah mereka. Orang yang berjaya biasanya bertangunggjawab atas kesalahan mereka. Jika hidup mereka teruk, ia adalah salah mereka dan bukannya orang lain.

Apabila anda bertanggungjawab ke atas diri sendiri, anda mendapat kuasa untuk berubah. Kuasa untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

4. Orang biasa fokus meyimpan

orang biasa menyimpan

Bagi setiap RM1 yang disimpan, akan tetap menjadi RM1. Anda tak akan dapat lebih dan tak akan kaya dengan berjimat RM1.

Anda tak mempunyai masalah simpanan tetapi anda mempunyai masalah pendapatan. Orang kaya sentiasa mencari peluang untuk melaburkan wang simpanan mereka untuk melipat gandakan kekayaan mereka.

Namun, sudah tentu ia mempunyai risiko tersendiri dalam melaburkan wang yang ada. Oleh itu pengetahuan dan keberanian mengambil risiko sentiasa dilakukan oleh golongan ini.

5. Orang biasa rasa serba tahu

orang biasa berlagak tahu semua

Orang biasa sentiasa mempunyai pendapat tersendiri dan ingin memberitahu dunia mengenai segalanya yang diketahui seperti politik, masyarakat, kerajaan dan banyak lagi. Tentang semua perkara di sekeliling mereka.

Sebaliknya, orang kaya lebih banyak belajar dan bertanyakan apa yang mereka tak tahu, banyak mendengar dan membaca secara berterusan.

Orang biasa banyak memberi pendapat kerana inginkan perhatian.

Ingat, pendapatan anda hanya akan bertambah berdasarkan apa yang anda lakukan dan kekayaan anda bertambah berdasarkan kepantasan anda lakukannya. (Kredit)




Hakcipta iluminasi.com (2017)