Oleh pada 05 Apr 2018 kategori

menurunkan jenazah ke liang lahad

Mengingati mati merupakan sesuatu yang amat digalakkan dalam agama Islam, kerana tabiat itu mampu membuatkan seseorang merasa takut dengan kadar amalannya serta mampu menjadi penggerak untuk seseorang berusaha dengan lebih baik dalam mengerjakan perintah Allah swt, dalam menyiapkan diri berdepan hari Akhirat.

Kubur atau pusara menjadi peringatan kepada kita tentang kematian dan hari akhirat. Namun melihat bagaimana trend zaman sekarang yang terlalu bermewah-mewah, sehingga kubur menjadi simbol status kekayaan seseorang, merupakan sesuatu yang sepatutnya membimbangkan masyarakat kita.

Mengapakah amalan yang terang-terang salah mungkin berpunca daripada budaya nenek moyang kita , terus dilakukan sewenang-wenangnya orang kita? Berikut adalah 6 larangan tentang kubur dan kematian yang tetap kita amalkan secara beramai-ramai yang sebenarnya bercanggah, bertentangan dan dilarang dalam Islam, sehingga ke hari ini yang sepatutnya diubah agar lebih menepati ajaran Rasulullah dan agama Islam.

1. Menjirus air mawar pada tanah pusara

siram dan tabur bunga di atas kubur

Bagi masyarakat kita yang gemarkan wangian, amalan nenek moyang menjirus air mawar telah menjadi satu tradisi masyarakat kita turun temurun. Walaupun begitu, perbuatan itu dianggap makruh sebenarnya - kerana tidak ada keperluan untuk kita menjiruskan air mawar pada tanah kubur, cukup dengan sekadar air bersih memadai. Lagipun, kita perlu bertanya apakah niat kita menjirus itu?

Dalam Islam, menjirus air pada kubur yang baru selesai dikebumikan tuannya, bertujuan untuk melembapkan tanah supaya tanahnya padat. Ada di kalangan orang kita yang menjirus tanah kerana kita percaya itu akan menyejukkan si mati yang berada di dalam kubur. Perbuatan itu jika dilakukan atas niat tersebut, merupakan satu perbuatan bidaah yang salah.

2. Wanita kematian suami mengiringi jenazah suami

awek kematian suami

Seorang wanita yang kematian suami sebenarnya dilarang keluar rumah mengikut rombongan ke kubur, melainkan dia diperlukan untuk menyempurnakan pengkebumian jenazah suaminya. Situasi tersebut jarang berlaku ketika ini kerana ramai ahli masyarakat kita mampu membantu menguruskan jenazah tersebut tanpa pertolongan si isteri.

Kita sudah selalu melihat bagaimana seorang isteri menangisi kematian suaminya di tepi kubur, semasa suaminya dikebumikan dan perkara itu sudah jadi satu pemandangan biasa. Siap ada yang rakamkan lagi saat tersebut untuk diabadikan. Hukum perbuatan itu menurut pendapat ramai ulama' sebenarnya adalah haram, kerana tiada keperluan untuk wanita itu melanggar tempoh ihdad (berkabung) beliau selepas kematian suami.

3. Membina sesuatu di atas kubur

pagar di kubur dan membina sesuatu atas kubur

Ini kerap berlaku di negara kita dan nampaknya trend ini semakin lama semakin hebat berlangsung, dengan binaan-binaan mewah dijadikan penghias kubur siap ada yang membina tempat duduk khas untuk sanak saudara yang datang melawat duduk.

Ada juga yang sudah membina monumen serta bermacam lagi bentuk yang sebenarnya tidak perlu dan sepatutnya diruntuhkan. Perlu dijelaskan adalah menjadi kesalahan binaan ini dibina dan hukumnya haram.

4. Membina pagar untuk kubur

kontroversi kubur pink

Berkait dengan hujah ke empat di atas, adalah dilarang sama sekali untuk sesiapa pun membina pagar untuk kawasan kubur kerana status kawasan kubur adalah tanah wakaf, jadi dengan membina pagar kita sebenarnya mengambil hak orang lain untuk disemadikan di kawasan tersebut serta menyempitkan lagi ruang boleh diguna, pada masa hadapan.

5. Meletakkan simbol darjat pada kubur

amalan melayu berkaitan kubur dan kematian yang bertentangan dengan islam

Zaman sekarang adalah zaman berjawatan jadi ramai orang mahu memperingati si mati dengan satu cara penghormatan terakhir, iaitu meletakkan simbol darjat seseorang pada kubur. Sebagai contoh, seorang pesara tentera diletakkan simbol angkatan tentera pada kuburnya atau seorang guru dihiaskan kuburnya dengan slogan yang mencerminkan kariernya sebelum meninggal.

6. Menempah ruangan kubur lebih awal untuk kegunaan keluarga

kubur orang islam

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu menempah ruang kubur yang dirasakan perlu, sebagai kawasan untuk dia dan keluarganya bakal disemadikan. Ini kerana tanah tersebut kebiasaannya adalah tanah wakaf yang terbuka kepada sesiapa saja untuk dikebumikan tanpa mengambil kira faktor hak atau sudah membayar wang deposit tempahan.

Rujukan

Perkuburuan Islam menurut Perspektif Syarak

Perkuburan Islam : Langkah-Langkah Energetik


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)