Kekayaan wang ringgit belum tentu menjanjikan kebahagiaan jiwa. Kadang kala, apabila terlalu selesa dengan kekayaan dunia, kita menjadi alfa. Apabila diuji dengan kesusahan, kadang kala kita gagal untuk bangkit semula daripada tekanan yang dialami. Semoga kita yang masih hidup ini tabah untuk menghadapi segala ujian yang mendatang. 

1. Rei Jane Huai

BESARKAN TEKS     A-  A+

rei jane huai bunuh diri

Rei adalah salah seorang daripada pengasas FalconStor, syarikat yang menghasilkan perisian bagi perlindungan maklumat. Sebagai pemegang saham utama syarikat, CEO dan individu paling berkuasa dalam syarikatnya, adalah mustahil untuk memecat atau memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Pengasas bersama syarikat perlindungan data perisian, FalconStor ini telah digulingkan daripada jawatannya sebagai CEO kerana dakwaan meluluskan bayaran yang meragukan kepada salah seorang pelanggannya. Mungkin disebabkan tekanan atau kecewa, beliau membuat keputusan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya pada bahagian dada di rumahnya di Long Island, New York pada tahun 2011. 

Rei dikenali sebagai seorang yang mempunyai skil yang hebat dalam bidang pembangunan perisian, dan bertanggungjawab menaikkan nama FalconStor. Beliau adalah individu yang mencipta Virtual Tape Library (VTL), yakni teknologi simpanan maklumat secara maya.

2. Wayne Pai

wayne pai jutawan tamatkan riwayat

Wayne Pai adalah pengasas kepada Polaris Group di Taiwan, iaitu sebuah kumpulan syarikat broker yang sangat dikenali. Khabar angin tentang perdagangan dalaman (insider trading) dengan seorang pegawai universiti telah menyebabkan imejnya tercalar, dan beliau kemudiannya hilang secara tiba-tiba pada tahun 2008. 

Kemudiannya, isteri beliau dengan bantuan kakitangan Polaris telah memohon bantuan polis dan orang ramai untuk mencari Wayne. Malangnya, beliau telah ditemui mati di sebuah pulau terpencil dua hari selepas dilaporkan hilang. Beliau berusia 56 tahun pada tahun kematiannya. 

3. Paul Castle

paul castle jutawan bunuh diri

Paul Castle adalah seorang pemaju hartanah yang berjaya. Beliau juga adalah rakan kepada Prince Charles, anak kepada Queen Elizabeth II. Paul mempunyai perniagaan yang sangat berjaya, dengan limpahan kekayaan yang membolehkan beliau menjadi penaja kepada pasukan Polo Britain.

Ketika kegawatan ekonomi, Paul telah mengalami kerugian yang teruk, dan menyebabkan beliau berada dalam keberhutangan. Dalam masa yang sama, beliau turut mengalami masalah kesihatan berkaitan prostat, jantung, kulit dan esofagus, menyebabkan beliau terpaksa kerap kali ke hospital. 

Mungkin dek kerana tekanan-tekanan ini, Paul membuat keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya pada 17 November 2010 dengan melompat di hadapan tren London Underground yang sedang bergerak di stesyen Bond Street. 

4. Huibert Boumeester

huibert boumeester jutawan

Huibert adalah seorang banker yang berjaya. Jutawan berusia 49 tahun ini telah ditemui mati pada tahun 2009 dengan kesan tembakan. Beliau dikatakan telah membunuh diri dengan menggunakan pistolnya sendiri. Tidak diketahui sama ada beliau telah meninggalkan kerjayanya secara sukarela, atau telah dipaksa berhenti oleh majikannya. Namun, sebab utama kematian Huibert berkait rapat dengan kehilangan kerja. 

Huibert adalah seorang Ketua Pegawai Kewangan (Chief Financial Officer - CFO) di syarikatnya. Beliau bertanggungjawab menubuhkan sebuah yayasan bagi mempromosikan budaya kerja baharu di beberapa buah negara. Selain itu, beliau juga adalah direktor kepada tiga buah badan amal yang berbeza. 

Bank tempat beliau bekerja telah diambil alih oleh Royal Bank of Scotland, sebelum ianya mengalami kerugian yang sangat besar. Mungkin atas sebab inilah kerjaya beliau terkesan, yang menjadi penyebab beliau mengambil tindakan drastik membunuh diri. Mungkin. 

5. Eli M. Black

eli m black jutawan

Memulakan kerjayanya bersama Lehman Brothers di Amerika Syarikat, Eli mempunyai kepimpinan yang hebat. Beliau dilantik menjadi pengerusi dan CEO kepada sebuah syarikat pengeluar pengedap (seal-cap). Selepas sedekad setengah, syarikat pimpinannya telah memeterai usaha sama (JV) dengan sebuah syarikat lain dan membentuk United Brands. 

Kolaborasi keduanya tidak menjadi, dan keadaan menjadi lebih parah apabila beliau mengetahui bahawa syarikat kerjasamanya tidak mempunyai modal seperti yang dimaklumkan sebelumnya, menghilangkan kepercayaan beliau terhadap JV tersebut.

Tidak lama kemudian, United Brands telah kerugian dan mempunyai hutang yang menimbun. Pada tahun 1974, bencana taufan telah memusnahkan ladang pisang milik syarikat tersebut, menyebabkan situasi lebih meruncing. Akhirnya, United Brands mengumumkan kerugian yang dialami mereka, dan tidak dapat bertahan lagi. 

Pada Februari 1975, Eli telah naik ke tingkat 44 sebuah bangunan di Manhattan, dan membunuh dirinya dengan terjun melalui tingkap.

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. itbusinessedge.com
  2. top-10-list.org
  3. top10central.blogspot.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)