Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

ekonomi global

Menurut laporan yang diterbitkan oleh PricewaterhouseCoopers, salah sebuah firma perkhidmatan profesional terbesar di dunia mengenai kemunculan pasaran baru yang akan mula menguasai kedudukan ekonomi tertinggi dunia menjelang 2030.

Laporan itu memberitahu bahawa dominasi ekonomi oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan China akan dicabar dengan kemunculan pasaran seperti negara Brazil dan India. Ia juga menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan unjuran keluaran dalam negara kasar global, melalui teori kesamaan kuasa membeli (purchasing power parity - PPP).

BESARKAN TEKS     A-  A+

pricewaterhousecoopers

Kesamaaan kuasa membeli (PPP) adalah teori ekonomi yang membandingkan mata wang negara-negara yang berbeza melalui pendekatan "bakul barangan" pasaran.

iluminasi.com ingin berkongsi 25 negara dengan ekonomi yang paling berkuasa menjelang 2030.

25. Malaysia

canadian 1st realty kuala lumpur 599

Sangat membanggakan bagi negara kita untuk berada di dalam senarai ini. Malaysia dianggarkan memperoleh RM6.34 trillion menjelang 2030. Ia merupakan peningkatan yang sangat besar, memandangkan ketika ini Malaysia memperoleh sebanyak RM3.88 trillion dan di tangga ke-26.

Antara 3 eksport terbesar Malaysia ketika ini adalah mesin dan peralatan elektrik yang bernilai RM245 billion, iaitu 30.8% daripada jumlah eksport keseluruhan, bahan api mineral termasuk minyak mentah bernilai RM111.5 billion dan mesin termasuk komputer bernilai RM92.56 billion.

24. Filipina 

filipina

Filipina merupakan satu daripada 4 negara Asia Tenggara yang berada dalam senarai ini. Perolehan ekonomi Filipina menjelang 2030 dianggarkan sebanyak RM6.80 trillion, mengatasi Malaysia sebanyak RM460 billion. 

23. Australia

melbourne australia

Negara yang digelar "Land Down Under" ini berada di kedudukan 2 anak tangga lebih hebat daripada kita, namun dengan nilai mata wang Australia yang aga tinggi, kita boleh dikatakan agak setanding. 

Negara kanggaru yang kaya dengan sumber semulajadi merupakan pengeksport utama produk pertanian seperi gandum dan kapas; mineral seperti emas dan tenaga seperti arang dan gas asli cecair. Nilai perolehan oleh Australia pada 2030 dianggarkan sebanyak RM7 trilion.

22. Thailand

thailand 818

Sebanyak RM7.29 trillion dianggarkan diperolehi jiran Malaysia yang terletak di utara semenanjung ini. Negara gajah putih yang berada di tangga ke-2 dalam senarai ini bagi negara Asia Tenggara juga terkenal dengan industri eksport automotif dan barangan elektroknik. 

Thailand juga merupakan antara pengeksport terbesar produk pertanian seperti beras, udang, ubi, getah dan juga gula.

21. Nigeria

nigeria

Walaupun Nigeria dikatakan bakal mengalami pergolakan politik selepas masalah kesihatan presiden negara itu, ia tidak menghalang mereka untuk menjadi salah satu negara kuasa ekonomi menjelang 2030, dengan perolehan sebanyak RM7.55 trillion.

Bagi anda yang tak tahu, Nigeria merupakan pembekal minyak mentah terbesar Afrika ke India iaitu sebanyak 400,000 tong setahun yang memberikan pulangan sebanyak RM42 billion setahun.

20. Pakistan

pakistan

Ketika ini, Pakistan berada di tangga ke-24 senarai ini, dan dianggarkan berada di tangga ke-20 menjelang 2030. Ia merupakan negara dengan produk domestik kasar nominal ke-42 terbesar di dunia.

Titik pertumbuhan ekonomi Pakistan terletak di sepanjang Sungai Indus dengan kepelbagaian ekonomi di Karachi dan pusat bandar utama di Punjab. Menjelang tahun 2030, Pakistan dianggarkan memperoleh RM7.86 trillion.

19. Mesir

mesir

Negara yang mempunyai salah satu kejaiban dunia ini berada di tangga yang agak baik, dengan anggaran perolehan bernilai RM8.62 trillion. Antara eksport utama Mesir adalah minyak asli, dan juga produk-produk bukan petroleum seperti baju siap, tekstil kapas, ubat-ubatan, produk petrokimi, buah sitrus, beras, bawang kering.

Dan eksport terbaru bagi Mesir adalah simen, keluli dan seramik.

18. Kanada

toronto kanada

Dianggarkan sebanyak RM9.01 trillion diperoleh oleh negara Maple Leaf ini menjelang 2030. Walaupun berada dalam senarai ini, kedudukan ini agak mengecewakan Kanada kerana ketika ini mereka berada di tangga ke-17.

Walaupun kedudukan mereka jatuh 1 anak tangga, namun nilai tersebut bertambah, yang mana sekarang adalah sebanyak RM7.34 trillion.

17. Sepanyol

sepanyol

Seperti Kanada, Sepanyol juga turun 1 anak tangga, yang mana ketika ini berada di tangga ke-16. Dan juga seperti Kanada, nilai perolehannya bertambah kerana kemunculan pasaran yang semakin baik.

Ketika ini perolehan ekonomi Sepanyol mencecah RM7.44 trillion, dan dijangkakan akan meningkat kepada RM9.09 trillion menjelang 2030.

16. Iran

slum house masouleh iran

Walaupun ketika ini Iran merupakan negara yang mempunyai nilai mata wang paling rendah di dunia, namun ia tidak menidakkan ekonomi mereka yang berada di kalangan negara-negara besar.

Iran dianggap sebagai sebuah "kuasa besar tenaga" kerana mempunyai 10% daripada rizab minyak dan 15% rizab gas di dunia. Eksport utama Iran ketika ini adalah petroleum iaitu 80% daripada eksportnya. Sebanyak RM9.91 trillion dijangka akan diperoleh Iran menjelang 2030.

15. Itali

itali 446

Negara keju dan pizza ini tidak terkecuali dalam senarai ini. Walaupun terkenal dengan produk makanannya, ramai yang tak tahu bahawa Itali mempunyai ekonomi ke-3 terbaik di zon Eropah.

Antara eksport yang menjana ekonomi Itali adalah barangan kejuruteraan, peralatan elektrik, kenderaan, kapal dan pesawat, pakaian dan kasut, bahan kimi dan banyak lagi. Sebanyak RM10.69 trillion dianggarkan diperoleh Itali menjelang 2030.

14. Korea Selatan

samsung korea selatan

Tak lengkap senarai ini jika tak ada Korea Selatan. Korea Selatan dijangka berada di tangga ke-14 pada 2030, sama seperti kedudukan ketika ini, cuma perbezaan perolehan daripada RM8.54 trillion pada tahun 2017 kepada RM11.16 trillion.

Eksport utama Korea selatan adalah semikonduktor, peralatan telekomunikasi tanpa wayar (telefon pintar), kenderaan bermotor (Hyundai, Kia, SsangYong, Daewoo), komputer, keluli, kapal, petrokimia dan banyak lagi. Rakan kongsi eksport utama mereka adalah China, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan Singapura.

13. Arab Saudi

minyak arab saudi

Dengan mempunyai 18% daripada rizab petroleum dunia, Arab Saudi merupakan pengeksport petroleum terbesar di dunia. Ia juga memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi jangka masa yang lama.

Bagi Arab Saudi, industri petroleum menyumbangkan hampir keseluruhan pendapatan kerajaan dan perolehan daripada eksport. Menjelang 2030, dianggarkan perolehan Arab Saudi mencecah RM11.59 trillion.

12. Turki

ekonomi turki

Turki dijangkakan naik 1 anak tangga menjelang tahun 2030, dengan perbezaan perolehan daripada RM8.76 trillion kepada RM12.61 trillion. Pada tahun 2016 sahaja, perolehan daripada pengeksportan adalah sebanyak RMRM631.5 billion. 

Industri utama di Turki termasuklah tekstil, pemprosesan makanan, elektronik, pelancongan dan banyak lagi, dengan rakan kongsi eksport seperti Jerman, UK, Iraq, Italy, Perancis dan Amerika Syarikat. 

11. Perancis

eiffel tower perancis

Perancis pada ketika ini adalah negara dengan ekonomi eksport ke-6 terbesar di dunia, dengan perolehan sebanyak RM2.13 trillion pada tahun 2015. Antara eksport utama Perancis adalah pesawat, helikopter / kapal angkasa, ubatan yang dibungkus, kereta, bahagian kereta dan turbin gas.

Perancis dijangkakan memperoleh sebanyak RM14.22 trillion menjelang 2030.

10. United Kindom

united kingdom

Walaupun merupakan antara kuasa besar dunia, perolehan ekonomi United Kingdom berdasarkan keluaran dalam negara kasar global sistem masih tewas dengan negara-negara membangun.

Dianggarkan berada di kedudukan ke-10 menjelang 2030, United Kingdom dijangka memperoleh pulangan ekonomi sebanyak RM15.32 trillion, peningkatan sebanyak RM3.09 trillion berbanding 2017.

9. Mexico 

mexico

Peningkatan yang agak besar bagi Mexico yang berjaya menduduki kedudukan 10 terbaik. Pada tahun 2017 Mexico berada di tangga ke-11, namun dijangkakan berada di tangga ke-9 pada 2030, dengan perolehan sebanyak RM15.41 trillion.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa eksport terbesar Mexico adalah dadah, namun ia sebenarnya adalah kenderaan dengan nilai eksport RM371 billion pada tahun 2016. Rakan kongsi eksport utama Mexico adalah jirannya, iaitu Amerika Syarikat sebanyak 80.3% daripada produk eksportnya.

8. Brazil  

brazil

Walaupun Brazil mempunyai ciri-ciri negara maju seperti ekonomi terbesar di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, namun Brazil masih dianggap sebagai negara membangun disebabkan keluaran dalam negara kasar per kapita yang rendah, tahap kehidupan yang rendah, kadar kematian bayi yang tinggi dan banyak lagi.

Brazil juga merupakan antara negara paling pesat membangun dari segi ekonomi utama dari 2000 hingga 2012, dengan purata kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar melebihi 5%. Dijangkakan perolehan ekonomi Brazil menjelang 2030 adalah sebanyak RM18.69 trillion.

7. Jerman  

jerman 439

Jika perolehan ekonomi negara-negara lain meningkat dengan mendadak menjelang 2030, namun ia tidak berlaku kepada Jerman. Masih mengekalkan kedudukan 10 terbaik, ekonomi Jerman dijangkakan akan berganjak sedikit sahaja berbanding tahun 2017, iaitu daripada RM19.10 trillion kepada RM19.82 trillion.

6. Rusia  

russia 86

Pada tahun 2017 Rusia berada di tangga ke-6, dan begitu juga dijangkakan pada tahun 2030. Namun pendapatan ekonomi Rusia meningkat sekitar 20% daripada RM16.58 trillion kepada RM19.94 trillion menjelang 2030. Eksport utama Rusia adalah industri tenaga iaitu minyak dan petroleum serta gas dan arang batu.

5. Indonesia 

indonesia 867

Berada di kedudukan ke-5 senarai ini, dan juga pertama di Asia Tenggara, Indonesia dijangkakan memperoleh pendapatan ekonomi sebanyak RM22.84 trillion menjelang 2030. Nilai ini hampir 4 kali ganda perolehan Malaysia pada 2030.

Negara yang juga kaya dengan sumber semulajadi ini menjadikan minyak mentah, gas semulajadi, timah, tembaga dan emas sebagai eksport utama.

4. Jepun 

jepun 881

Negara matahari terbit yang juga merupakan salah satu negara maju dianggarkan memperoleh pendapatan ekonomi sebanyak RM23.6 trillion menjelang 2030, iaitu ke-4 tertinggi di dunia.

Menurut Indeks Kerumitan Ekonomi (ECI), ekonomi Jepun merupakan ekonomi yang paling kompleks di dunia. Dan seperti yang umum sedia maklum, antara eksport utama Jepun adalah kenderaan yang merangkumi 22% daripada keseluruhan eksport, mesin seperti komputer (19.2%) serta mesin dan peralatan elektrik (15.2%).

3. India 

ekonomi india

Dianggarkan kedudukan India tidak berganjak, iaitu di kedudukan ke-3 pada tahun 2017 dan menjelang 2030. 3 Produk yang memberikan sumbangan terbesar kepada ekonomi India adalah ubat-ubatan yang meningkat sebanyak 188.4% sejak 2009, kenderaan (peningkatan sebanyak 245%) dan juga pakaian serta aksesori.

Dijangkakan India akan menjana pendapatan menjelang 2030 sebanyak RM82.14 trillion, iaitu 13 kali ganda dari negara kita.

2. Amerika Syarikat 

times square new york

Seperti yang dijangkakan Amerika syarikat berada di kedudukan 3 terbaik senarai ini. Amerika Syarikat dianggap sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia, serta mata wang dolar Amerika merupakan mata wang yang paling banyak digunakan dalam transaksi antarabangsa.

Ekonomi di Amerika Syarikat adalah sangat pelbagai dan menjadikan produk mesin, termasuklah komputer sebagai produk eksport terbesar iaitu 13.1% daripada jumlah eksport. Menjelang 2030, perolehan Amerika Syarikat dianggarkan sebanyak RM98.83 trillion, peningkatan hampir RM20 trillion berbanding 2017.

1. China  

china 365

Dan tak syak lagi berada di kedudukan pertama senarai ini, adalah negara dengan populasi tertinggi di dunia, China. Ekonomi China adalah ekonomi paling pesat membangun di atas muka bumi ini, dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 10% lebih daripada 30 tahun.

Apa yang membolehkan China menggungguli carta ini adalah peranannya sebagai hub global dalam industri pembuatan, ekonomi perkilangan terbesar di dunia dan juga pengeksport barangan terbesar di dunia. Sebanyak RM160 trillion dianggarkan diperoleh China menjelang 2030, peningkatan sebanyak RM62 trillion berbanding 2017.

Rujukan : PricewaterhouseCoopers




Hakcipta iluminasi.com (2017)