apa beza servis apartment dengan kondominium condominium

Dari segi luaran dan pandangan mata kasar, kondominium dan serviced apartment (pangsapuri perkhidmatan) kelihatan seperti tiada bezanya. 

Serviced apartment menyediakan kemudahan dan rasa seperti di rumah, serta menjadi pilihan yang semakin popular untuk tinggal bagi tempoh yang lama.

Walaupun kondominium dan serviced apartment mempunyai kemudahan yang agak serupa, sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua jenis harta tanah.

Jadi jika kedua-duanya hampir sama dari segi luaran, apa yang membuatkan nama kedua-duanya berbeza?

Kondominium vs Serviced Apartment

serviced apartment casa residency

Bagi kondominium atau pangsapuri biasa, ia merupakan kediaman berstrata yang mana dibina di atas kawasan atau tanah dengan status kediaman. 

Dengan ini, apa-apa bayaran yang dikenakan bagi kemudahan seperti air dan elektrik serta cukai tanah sama seperti status kediaman seperti taman perumahan.

Selain itu, privasi dijanjikan bagi penduduk atau penghuni kediaman seperti ini.

Terma serviced apartment atau pangsapuri yang diservis digunakan untuk mewakili kediaman apartment dengan kemudahan seperti hotel iaitu servis bilik (room service) dan juga mengemas (housekeeping).

Namun di Malaysia, terma serviced apartment merujuk kepada sesuatu yang berbeza. Ia lebih kepada menggambarkan kediaman seperti kondominium atau pangsapuri yang mana dibina di atas tanah berstatus komersial dan bukannya berstatus kediaman.

Kos elektrik dan air yang lebih tinggi

beza tarif elektrik untuk kondominium dan serviced apartment

Disebabkan oleh serviced apartment dibina di atas tanah komersial, maka segala caj utiliti yang dikenakan ke atas kediaman ini mengikut tarif komersial seperti unit kedai dan kilang.

Sebagai contoh, tarif air minimum di Malaysia untuk kegunaan domestik di Kuala Lumpur atau Putrajaya ialah RM 6. Untuk kegunaan komersial, jumlah ini adalah enam kali ganda lebih tinggi iaitu RM 36!

Bagi caj elektrik pula, tarif minimum di Malaysia untuk kegunaan domestik di Kuala Lumpur atau Putrajaya adalah RM 3, manakala tarif komersial voltan rendah adalah RM7.20, iaitu lebih daripada 2 kali ganda.

Lihat di bawah bagaimana kos penggunaan boleh berbeza antara kediaman (kondominium) dan komersial voltan rendah (serviced apartment):

Tarif A - Tarif Domestik (Kediaman) Kadar semasa (1 Jan 2018)
Untuk 200 kWj pertama (1 - 200 kWj) setiap bulan 21.80 sen/kWj
Untuk 100 kWj seterusnya (201 - 300 kWj) setiap bulan 33.40 sen/kWj
Untuk 300 kWj seterusnya (301 - 600 kWj) setiap bulan 51.60 sen/kWj
Untuk 300 kWj seterusnya (601 - 900 kWj) setiap bulan 54.60 sen/kWj
Untuk setiap kWj seterusnya (901 kWj dan seterusnya) setiap bulan 57.10 sen/kWj
Tarif B - Tarif Komersial Voltan-RendahKadar semasa (1 Jan 2018)
For the first 200 kWh (1 - 200 kWj) per month 43.5 sen/kWj
For the next kWh (201 kWj onwards) per month 50.9 sen/kWj

Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam juga mengenakan kadar penilaian yang sedikit lebih tinggi untuk serviced apartment, berbanding dengan hartanah kediaman yang bertanah dan berstrata.

Mereka hanya mengenakan kadar penilaian 3.5% ke atas hartanah berstrata seperti kondominium, tetapi 5% untuk serviced apartment.

Antara kos-kos lain yang lebih tinggi untuk serviced apartment adalah deposit utiliti, caj utiliti, cukai tanah, cukai taksiran dan bayaran penyelenggaraan.

Jadi, sebab inilah mengapa penyewa serviced apartment biasanya terpaksa menanggung kos sewa yang lebih tinggi.

Rujukan:

1. Property Guru

2. Urus Rumah Johor

3. TNB



Hakcipta iluminasi.com (2017)