Oleh pada 30 May 2018 kategori

Apabila berbicara tentang individu paling kaya di dunia, pasti semua orang akan berfikir tentang Bill Gates, pengasas syarikat Microsoft. Dengan nilai kekayaan sebanyak $USD92.8 bilion (2018), Bill Gates langsung tidak mempunyai tempat dalam senarai 10 individu paling kaya dalam sejarah dunia. 

10. Cornelius Vanderbilt ($USD185 bilion)

Dilahirkan di Staten Island, New York pada May 1794, Cornelius Vanderbilt tercicir daripada sekolah pada usia 11 tahun bagi membantu keluarganya yang susah. Sebagai kanak-kanak, beliau membantu bapanya yang bekerja sebagai petani dan nelayan. Ketika berusia 16 tahun, dengan pinjaman kewangan daripada ibu bapanya, beliau membeli sebuah bot layar 2 tiang dan memulakan perniagaan ferri di Hudson River. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika peperangan War of 1812, Vanderbilt telah mendapat kontrak daripada kerajaan untuk menghantar bekalan kepada pos ketenteraan kerajaan. Beliau akhirnya menjual kesemua botnya setelah mendapat tawaran kerja dengan seorang kapten kapal stim. Vanderbilt kemudiannya memulakan perniagaan kapal stim, dan berkembang menjadi sebuah empayar perniagaan dalam pelbagai industri. 

9. Henry Ford ($USD200 bilion)

individu kaya henry ford

Pasti ramai kenal siapa Henry Ford, individu yang bertanggungjawab merevolusikan industri automobil dan penghasilan kereta secara besar-besaran. Dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat pada Julai 1963, Ford berpindah ke Detroit pada usia 16 tahun untuk menjadi seorang aprentis machinist. Beliau kemudiannya bekerja di beberapa buah kilang, sebelum mendapat tawaran di Edison Illuminating Company, iaitu syarikat milik Thomas Edison, pencipta lampu mentol. Dalam masa dua tahun sahaja, Ford telah dinaikkan pangkat menjadi ketua jurutera. 

Pada tahun 1896, Ford telah mencipta Quadricycle, kenderaan tanpa kuda yang pertama. 3 tahun berikutnya, beliau menubuhkan Henry Ford Detroit Automobile Company, yang kemudiannya ditukar kepada Henry Ford Company. Beliau meninggalkan syarikat itu pada 1902 kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsinya. Tahun berikutnya, beliau menubuhkan Ford Motor Company dan mengeluarkan kereta pertamanya iaitu Model A. Pada Oktober 1908, Model T telah diperkenalkan. Menggunakan teknik pengeluaran secara besar-besaran, beliau berjaya mencapai kejayaan yang sangat luar biasa.

8. Andrew Carnegie ($USD210 bilion)

individu kaya andrew carnegie

Andrew Carnegie adalah pengasas Carnegie Steel, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1892 yang kini menjadi antara pengeluar keluli paling besar di dunia. Carnegie menjual syarikat tersebut kepada seorang banker dan financier iaitu J.P. Morgan pada 1901. Daripada penjualan tersebut, Carnegie membuat keuntungan sebanyak $USD480 million, bersamaan dengan 2.1 peratus KDNK Amerika Syarikat pada ketika itu. Jika jumlah ini ditukar kepada nilai semasa, ia bernilai $USD210 bilion. 

Selepas Morgan membeli syarikat berkenaan, Carnegie Steel ditukar menjadi United States Steel Corporation, dan perniagaan ini masih dijalankan sehingga ke hari ini. Carnegie adalah seorang yang sangat dermawan, menderma sebahagian besar hartanya miliknya. Beliau akhirnya meninggal dunia pada Ogos 1911. 

7. William the Conqueror ($USD229 bilion)

individu kaya william the conqueror

William adalah anak luar nikah kepada Robert I, iaitu Duke of Normandy. Bapanya meninggal dunia pada 1035, menjadikan baginda sebagai pengganti Duke of Normandy, ketika hanya berusia 8 tahun. Pada tahun 1066, Raja England iaitu Edward the Confessor telah mangkat. Sebelum pemergiannya, baginda ada memberitahu beberapa orang individu bahawa mereka akan mengambil alih takhta baginda. Antara daripada mereka ini adalah William, dan adik ipar Edward, iaitu Harold Godwin. Sehari selepas kemangkatan Edward, Harold diangkat menjadi Raja England, dan hal ini menyebabkan William berang. 

William membuat keputusan untuk menyerang England tidak lama kemudian, dan berjaya menewaskan Harold dan menakluki kerajaan tersebut. Kejayaan tersebut menjadikan William antara individu paling kaya dalam sejarah dunia, dek kerana harta peninggalan raja sebelumnya. Menurut laman sesawang The Richest, kekayaan baginda dianggarkan sekitar $USD229 bilion. 

6. Osman Ali Khan ($USD 230 bilion)

individu kaya osman ali khan

Khan adalah pemerintah kerajaan Hyderabad dari tahun 1911 hingga 1948, sebelum Hyderabad dijadikan sebahagian daripada India. Khan memperolehi kekayaannya daripada royalti daripada aktiviti perlombongan berlian yang dijalankan di wilayah takluknya. Ketika kurun ke-18, Hyderabad adalah satu-satunya kerajaan yang membekal berlian.

Khan dikatakan memiliki 50 buah kereta jenama Rolls-Royces. Kekayaannya sangat melampau, sehingga baginda menggunakan berlian 185 karat sebagai pemberat kertas, bertujuan mengelakkan helaian kertas terbang. Pada tahun 1937, gambar baginda muncul pada muka depan majalan Time sebagai manusia paling kaya di dunia. Kekayaan baginda dianggarkan sekitar $USD230 bilion. Di pengakhiran hidupnya, Khan mula meminggirkan diri daripada masyarakat dan akhirnya meninggal dunia pada 24 Februari 1967 ketika berusia 81 tahun. 

5. Nikolai Alexandrovich Romanov ($USD300 bilion)

nikolai alexandrovich romanov kaya di dunia

Dilahirkan pada Mei 1868 di Pushkin, Rusia, Nikolai Alexandrovich Romanov dinaikkan takhta menjadi Emperor Nicholas II selepas kemangkatan bapanya pada Mei 1894. Nikolai pada asalnya tidak mahu menjadi pengganti kepada bapanya, namun keluarganya percaya bahawa tanggungjawab tersebut telah diberikan kepada baginda oleh Tuhan. 

Setelah Rusia tewas dalam Perang Dunia Pertama, ramai menyalahkan baginda sebagai punca kekalahan. Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan, baginda akhirnya turun dari takhta pada Mac 1917 dan dijadikan tahanan rumah. Akhirnya pada sekitar tengah malam 16 Julai 1918, Nikolai, bersama isteri, 5 orang anak dan beberapa pengikut setia baginda akhirnya dibunuh. Baginda dianggarkan meninggalkan kekayaan sekitar $USD300 bilion. 

4. John D. Rockefeller ($USD371 bilion)

individu kaya john d rockefeller

Rockefeller dilahirkan di New York pada tahun 1839. Ketika berusia 24 tahun, beliau mula melabur dalam industri petroleum, sebelum mengasaskan syarikat Standard Oil Co. Inc. pada tahun 1870. Sehingga 1880, syarikat tersebut telah menjadi syarikat terbesar di dunia, dengan memiliki kawalan sebanyak 90 peratus penghasilan minyak Amerika Syarikat. 

Ketika Rockefeller meninggal dunia pada 1937, akhbar The New York Times melaporkan kekayannya yang bernilai $USD1.5 bilion. Namun, jumlah ini tidak mencerminkan kekayaan sebenar beliau. Kekayaan Rockefeller adalah sebanyak 2 peratus KDNK Amerika Syarikat, jika ditukar kepada nilai semasa, ianya bersama dengan $USD371 bilion. 

3. Jakob Fugger ($USD400 bilion)

individu kaya jakob fugger

Dilahirkan di Augsburg, Jerman pada Mac 1459, keluarga Jakob Fugger menjalankan perniagaan tekstil yang berjaya, dan beliau membesar dalam keadaan senang lenang. Apabila dewasa, beliau menawarkan pinjaman kepada individu seperti Maharaja Maximilian I (Pemerintah Rom) dan membantu Charles V dari segi kewangan sehingga baginda diangkat menjadi Raja Sepanyol. Memandangkan beliau menyokong orang yang tepat, beliau memperolehi banyak kontrak perlombongan. 

Beliau kemudiannya memenuhi pasaran dengan logam hasil perlombongan, menyebabkan harga pasaran jatuh teruk. Akibatnya, ramai daripada pesaing beliau jatuh muflis, menjadikan beliau pembekal logam paling dominan di dunia pada ketika itu. Fugger akhirnya menjadi sangat kaya, dan diberi gelaran Jakob the Rich. Kekayaan beliau adalah bersamaan dengan 2 peratus KDNK Eropah pada waktu itu, bersamaan dengan $USD400 bilion nilai hari ini. 

2. Musa Keita ($USD428 bilion)

individu kaya musa keita

Musa Keita adalah seorang sultan di sebuah negara di Afrika iaitu Mali daripada tahun 1312 hingga 1337. Menurut rekod, kerajaan pimpinan baginda adalah pengeluar emas paling besar di dunia, ketika mana emas mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Dengan emas yang ada, Musa mengumpul sebuah pasukan tentera sebanyak 200,000 orang. Apabila baginda mengembara, baginda membelanjakan wangnya dengan boros sekali. Terdapat kisah tentang pengembaraan baginda ke Mekah, di mana perbelanjaan sepanjang perjalanan baginda ke sana telah menyebabkan krisis kewangan di seluruh Afrika, terutamanya di Mesir. 

1. Augustus Caesar ($USD4.75 trillion)

individu kaya augustus caesar

Gaius Octavius adalah cucu saudara dan anak angkat Julius Caesar. Apabila Caesar dibunuh pada 43 BC, Octavius menaiki takhta sebagai pengganti. Selepas menewaskan Mark Anthony dan Cleopatra dalam Battle of Actium, baginda menjadi pemerintah Rom. Baginda menggantikan sistem pentadbiran kerajaan daripada republik kepada monarki, dan mengambil nama baharu iaitu Augustus. 

Sebagai Maharaja Rom yang pertama, dan merupakan antara pemerintah Rom yang terhebat, baginda berjaya membawa empayarnya ke arah sebuah kemakmuran yang baharu, menjadi antara empayar paling kaya dalam sejarah peradaban manusia. Kekayaan peribadi beliau dianggarkan sebanyak 20 peratus daripada nilai kekayaan seluruh empayar. 

Nilai kekayaan Augustus Caesar di kemuncak kemasyhurannya dianggarkan sekitar $USD4.75 trillion, menjadi baginda individu terkaya di dunia yang pernah hidup. Baginda meninggal dunia pada Ogos 14 AD, ketika berusia 75 tahun. 

Rujukan:

  1. independent.co.uk
  2. time.com
  3. quora.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)