Setiap kali kita melancong ke luar negara, perkara biasa yang kita lakukan ialah melawati tempat-tempat menarik seperti menara eiffel atau burj khalifa. Salah satu cara menikmati pelancongan anda adalah membeli belah. Bagi anda yang memiliki duit terlampau banyak dan tak tahu nak buat apa dengan duit anda, kami syorkan anda untuk ke tempat-tempat berikut.

LOEWE- Barcelona

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya anda penggemar barangan kulit yang tulen dan berkualiti, mesti Loewe menjadi idaman anda, bukan? Di Barcelona lah Loewe ditubuhkan dan sejak daripada pada tahun 1846, jenama ini dianggap sebagai pakai dalam pakaian atau beg kulit. Meskipun terdapat 33 cawangan di merata-rata tempat, hanya di Barcelona lah terdapat kedai Loewe yang eksklusif dan mewah. Kebanyakan item yang dijual juga lebih banyak variasi dan lebih mahal sehinggakan jumlah purata yang dibelanjakan di kedai ini ialah sebanyak 2,155 dollar.

Bourdon House - London

bourdoun house di london

London seringkali menjadi tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong dan membeli belah. Sekiranya anda sedang membaca artikel ini di sana, cubalah mencuci mata di Bourdon House. Seperti Loewe, tempat ini juga terkenal dengan pakaian, aksesori serta barangan yang berasaskan kulit haiwan.

Alfred Dunhill, jenama mewah yang bertapak di Bourdon House, hanya menghasilkan pakaian lelaki yang bermutu tinggi. Reputasi dan standard tinggi yang perlu dijaga membuatkan kakitangan di tempat ini akan melayan anda seperti VVIP. Bayangkan, untuk membuat sepasang sut atau kemeja sahaja, anda diberi sebanyak 300-450 jenis fabrik untuk dipilih!

Lebih menarik, bangunan Bourdon House ini juga merupakan salah satu bangunan bersejarah Grade II, yang membawa maksud ia mempunyai sejarah tersendiri dan wajar dipelihara. Selain membeli belah, spa yang diperbuat daripada marble juga disediakan buat tetamu lelaki dan wanita.

LOUIS VUITTON - Rome

kedai louis vuitton yang ikonik di rome

Siapa yang tak kenal jenama LV? Dianggap sebagai salah satu jenama mewah dalam dunia, barang-barang tulen yang dihasilkan oleh Louis Vuitton sentiasa dihargai oleh penggemar fashion. Meskipun butik LV yang tersergam megah di Avenue Champs-Elysees, Paris menjadi spot utama, namun bangunan cawangan LV di Rome lah yang direka bertepatan dengan imej klassik dan mewah yang ada pada jenama ini.

Pada tahun 1837, seorang lelaki bernama Louis Vuitton telah berhijrah ke Paris dan menuntut ilmu dengan Monsieur Marechal. Sejak daripada detik pertama belajar , Monsieur Vuitton telah bertekad ingin menjadi pembuat kasut but. Hanya bermula sebagai pembuat kasut, syarikat beliau telah berkembang sehingga menjadi pilihan selebriti, businessman serta ahli politik sejak zaman berzaman. Usaha dna kualiti itukan tangga kejayaan.

Oscar De La Renta - New York

kedai oscar de la renta di new york 74

Pengasas jenama ini, Oscar De La Renta merupakan seorang pelajar yang menuntut dalam bidang seni lukisan di Sepanyol. Pada asalnya, beliau hanya melukis contoh-contoh baju buat surat khabar atau butik untuk mencari duit sampingan untuk menampung kos pengajiannya Suatu hati, isteri kepada duta Amerika di Sepanyol telah ternampak hasil kerja tangannya dan berkenan dengan keunikan dan ketelitian pada seni rekaan Renta. Beliau kemudiannya diupah untuk menghasilkan pakaian buat anak perempuan kepada isteri duta ini.

Sekali lagi, nasib benar-benar menyebelahi Renta. Pakaian tersebut diletakkan dikulit hadapan Life Magazine. Kesannya, beliau semakin banyak menerima tempahan untuk membuat lakaran oleh butik-butik terkenal di Sepanyol dan dari sinilah minat Oscar De La Renta dalam bidang fashion bermula. Beliau kemudiannya menuntut ilmu dengan Christobal Balenciaga selama beberapa tahun sehinggalah akhirnya menubuhkan sendiri jenamanya pada Ogos 1965.

Selain daripada pakaian haute couture, Oscar De La Renta juga menghasilkan pakaian pengantin, aksesori, perkakas rumah, dan minyak wangi.

VERSACE- Rome

kedai versace di rome

Selain LV, Versace juga menjadi idaman setiap wanita. Jenama itali terkenal seantero dunia ini merupakan salah satu jenama yang menghasilkan produk yang ekslusif dan butiknya di Rome lah yang menjual produk-produk yang paling mewah diantara semua koleksi yang dihasilkan oleh Versace.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1978 dibawah nama ‘Gianni Versace Donna’. Jenama ini mula mencuri perhatian pengkritik fashion disebabkan oleh baju ‘Black Versace Dress of Elizabeth Hurley’ yang dipakai oleh pelakon Elizabeth Hurley. Kemudian, pada tahun 1997 jenama ini diambil sepenuhnya oleh Donatella Versace, adik kepada Gianni Versace, selepas abangnya mati ditembak. Sejak hari itu, jenama ini hanya dikenali sebagai Versace.

Versace, seperti jenama fashion yang lain, turut membuat kolaborasi dengan jenama yang lain. Pernah suatu ketika, Automobili Lamborghini S.P.A X Versace telah menghasilkan sebuah kereta yang mempunyai dalaman yang diperbuat daripada satin beserta sulaman logo Versace.




Hakcipta iluminasi.com (2017)