Nama Ma Huateng dan Jack Ma bukanlah nama asing bukan sahaja di China tetapi seluruh dunia. Kedua-duanya mengecapi kejayaan dan mengaut kekayaan menerusi syarikat teknologi mereka iaitu Tencent (Ma Huateng) dan Alibaba (Jack Ma).
Pada 29 Julai 2020, dengan nilai bersih $ 48.2 bilion, Jack Ma adalah orang terkaya kedua di China (setelah Ma Huateng), dan juga salah satu orang terkaya di dunia di kedudukan ke-20 dalam senarai yang dikeluarkan oleh Forbes.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, baru-baru in tiba-tiba seorang individu yang jarang dikenali tiba-tiba muncul di tangga teratas sebagai orang paling kaya di China. Lebih mencuri tumpuan, perniagaan utama individu bernama Zhong Shanshan ini adalah jualan minuman air dalam botol dan bukanlah perniagaan berasaskan teknologi.
Siapakah Zhong Shanshan?
Tidak banyak yang diketahui mengenai individu bernama Zhong Shanshan ini memandangkan beliau kurang muncul di khalayak ramai dan akhbar-akhbar utama. Beliau jarang muncul memberikan wawancara dan jarang membuat penampilan umum, membuatnya mendapat jolokan "lone wolf" .
Dilahirkan pada tahun 1954 di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China Timur, Zhong dibesarkan semasa Revolusi Kebudayaan, sebuah gerakan sosiopolitik yang berlangsung daripada tahun 1966 hingga 1976 yang penuh pancaroba.
Beliau berhenti daripada sekolah rendah dan menjadi buruh kasar, berpindah dari bandar ke bandar untuk bekerja. Setelah berakhirnya Revolusi Budaya, Zhong Shanshan mendaftar di sebuah universiti, pernah bekmerja sebagai wartawan sebelum dia menceburkan diri dalam perniagaan.
Beliau dipercayai sudah berkahwin dan memiliki 3 orang. Maklumat lanjut mengenai keluarga dan anak-anaknya walau bagaimanapun tidak diketahui memandangkan beliau begitu menjaga privasi keluarganya.
Liku-liku hidup dalam dunia perniagaan
Pada tahun 1993, dia mengasaskan syarikat Yang Sheng Tang untuk mengembangkan produk penjagaan kesihatan termasuk "pil kuat" untuk merawat disfungsi ereksi pada tahun 1990-an. Pada tahun 1996, syarikat ini menubuhkan Nongfu Spring sebagai anak syarikat yang menjual air minuman dalam bungkusan.
Kejayaan utama Nongfu Spring bermula pada tahun 1999 ketika dia mengumumkan syarikat itu akan berhenti menjual air suling untuk memberikan tumpuan pada penjualan air mineral kerana air suling langsung tidak memberikan manfaat pada kesihatan.
Air paip di China tidak dianggap selamat untuk diminum dan permintaan air botol semakin meningkat. Malah, pasaran air botol China adalah salah satu yang terbesar di dunia. Menyedari akan permintaan yang sangat banyak terhadap air mineral, beliau memfokuskan kepada minuman ini sebelum memperbanyakkan lagi pilihan produk seperti kopi, teh, yoghurt dan beras.
Penjualan melonjak seketika tetapi menarik tuntutan undang-undang dari 69 syarikat air yang sudah lama dalam pasaran, diketuai oleh syarikat utama Hangzhou Wahaha Group yang menuduh Nongfu Spring tidak bersaing secara adil. Nongfu Spring kalah dalam perbicaraan di mahkamah namun perkara tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya.
Jika beliau mengaku kalah ketika itu, nescaya perniagaannya tidak akan berjaya seperti sekarang sehingga membantunya menjadi seorang jutawan.
Menjadi orang paling kaya China
Zhong Shanshan yang memiliki 84.4% pegangan saham Nongfu Spring, syarikat pembuat air botol dan minuman yang popular di China telah diangkat menjadi orang terkaya di China setelah tawaran awam awal (IPO) syarikat itu di Hong Kong pada 8 September.
Saham Nongfu Spring, syarikat yang menjual teh, kopi, jus buah dan juga produk segar ditutup pada paras 54 peratus di atas harga terbitan semasa dibuka, setelah melonjak hampir 85 peratus di pasaran terbuka, lapor China Daily.
Selain daripada perniagaan dalam syarikat minuman, beliau menjana kekayaannya dalam bidang perubatan. Zhong Shanshan juga merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat pembuat vaksin Beijing, Wantai Biological Pharmacy yang telah diperdagangkan di Bursa Saham Shanghai sejak awal tahun ini.
Keykaaan berganda 2 syarikatnya itu melonjak kekayaan bersih individu 66 tahun ini kepada AS $58.7 bilion (S $80.9 bilion), AS $ 2bilion lebih banyak daripada Jack Ma pada hari itu, menurut Bloomberg Billionaires Index.
Kisah kejayaannya ini merupakan satu kisah yang agak unik memandangkan tiada siapa yang menyangka individu yang muncul sebagai paling kaya di China ini bukanlah daripada bidang teknologi.
Lebih menarik, hanya segelintir sahaja individu yang mempunyai 2 perniagaan berlainan yang bernilai lebih $10 bilion setiap satunya. Siapa sangka manusia yang menjual minuman dalam botol boleh menjadi lelaki paling kaya di China ketika era teknologi sedang pesat membangun?
Walaupun kedudukannya selaku individu paling kaya di China hanya bertahan seketika sebelum dirampas kembali oleh Jack Ma. Kisahnya ini cukup memberi inspirasi dan diharapn membuka minda orang ramai bahawa peluang perniagaan sebenarnya cukup luas - kita hanya perlu merancang dan mempunyai strategi yang betul dalam perniagaan.
Kredit: