Oleh pada 22 Nov 2017 kategori

sumber rapat dedah maklumat persandingan fattah amin dan fazura

Kredit foto: mforum.cari.com.my

Sidang media khas bakal diadakan esok oleh pasangan Fattah Amin dan Fazura untuk menjelaskan spekulasi pernikahan mereka.

Dalam pada itu, sumber rapat kepada pasangan ini mendedahkan Fattah dan Fazura bakal mengadakan majlis persandingan pada pertengahan bulan hadapan (Disember).

Dikatakan, majlis persandingan khas untuk para peminat akan dilangsungkan di Palace of the Golden Horses yang bertindak selaku penaja.

Manakala, majlis keluarga kedua-dua pihak pula akan dibuat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

"Saya difahamkan hotel berkenaan akan menaja persandingan Fattah dan Fazura yang diadakan khusus untuk peminat. Bentuk penajaan merangkumi penyediaan lokasi dan makanan.

"Manakala, majlis persandingan membabitkan keluarga, rakan artis,segelintir media yang rapat dengan pasangan ini akan diadakan di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur," kata sumber.

Malah sumber itu mempunyai teori tersendiri mengapa pasangan ini terpaksa merahsiakan majlis pernikahan mereka.

"Saya rasa ada sebab kenapa pernikahan itu dirahsiakan sekiranya ia benar berlaku. Mungkin mahu memastikan keselematan dan kelancaran majlis.

"Mungkin juga Fattah dan Fazura termasuk keluarga masing-masing mahukan sebuah majlis yang privacy tanpa membabitkan orang luar," katanya lagi.

Sementara itu, pengurus Fazura, Iman Tang enggan mengulas isu pernikahan pasangan itu dan meminta para peminat menantikan sahaja jawapannya di sidang media nanti.

Sumber berita: Harian Metro & Beautifulnara

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)