Oleh pada 07 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Media Hiburan & Instagram Fazura

Aktres Rita Rudaini kecewa apabila ada yang menyifatkan kapsyennya dalam sebuah kiriman di laman Instagram, baru-baru ini, kononnya menyindir pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Fazura.

Jujurnya, kata Rita, dia sekadar berkongsi cerita tentang kucing kesayangannya, Dahlia. 

isu perli fattah dan fazura rita rudaini dedah perkara sebenar 2

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Sebelum ini, pelakon yang juga ibu tunggal itu dikecam netizen selepas memuat naik entri yang menyatakan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan kucing peliharaannya.

Kiriman itu dikaitkan dengan kenyataan yang dikeluarkan Fazura.

“Ya Allah, kenapa dengan manusia sekarang? Apa salah saya? Saya muat naik kapsyen cerita pasal kucing saya pun dituduh perli orang,” jelas Rita dalam kiriman terbaru pagi tadi.

Beliau yang tidak tahu menahu tentang berita melibatkan Fazura dan Fattah itu, turut berharap agar semua peminat yang taksub dengan artis pujaan mereka supaya menjauhi fitnah dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

isu perli fattah dan fazura rita rudaini dedah perkara sebenar 3

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Terdahulu, Fazura membuat kenyataan kepada portal BH Online memberitahu sedang berbahagia bersama Fattah hingga terasa rindu walaupun suaminya itu hanya ke bilik air.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)