biodata kumpulan k pop blackpink 1

Biodata

1. Dianggotai empat orang ahli iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

2. Baru dua tahun ditubuhkan, namun sudah mampu mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat muzik sedunia.

3. Satu-satunya kumpulan K-pop wanita yang mempunyai empat buah lagu dengan jualan tertinggi di carta Billboard World Digital.

4. Video muzik lagu Ddu-Du Ddu-Du nyanyian mereka yang dimuatnaik di laman Youtube pada 15 Jun 2018 meraih 36.2 juta tontonan hanya pada hari pertama, sekaligus menjadi video muzik Korea paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam.

5. Lagu popular mereka yang lain seperti Forever Young, Whitsle dan Boombayah.

6. Kerjaya seni kumpulan ini mendapat sokongan padu kelab peminat yang dinamakan sebagai Blinks.

7. Blackpink bakal pertama kali menemui para peminatnya di Kuala Lumpur dalam konsert yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini (2019) di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

8. Sebanyak 8,000 tempat duduk bagi konsert itu laris dalam tempoh dua hari jualan sahaja. Justeru penganjur berminat untuk melanjutkan konsert berkenaan ke sehari lagi.

9. Konsert yang dinamakan sebagai Konsert Jelajah Dunia Blackpink 2019 - In Your Area itu juga akan singgah di Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei. Ia dikatakan sebagai persiapan mereka dalam meluaskan pasaran ke industri muzik Amerika Syarikat.

10. Telah mengikat kontrak rekod global bersama Interscope Records. Semua aktiviti seni Blackpink di luar Asia selepas ini akan diwakili syarikat berkenaan serta Universal Music Group.

11. Akan ada lebih banyak kolaborasi bersama artis dalam dan luar negara sebagai susulan kepada kejayaan duet mereka bersama Dua Lipa menerusi Kiss and Make Up.

Foto

biodata kumpulan k pop blackpink 2

biodata kumpulan k pop blackpink 3

biodata kumpulan k pop blackpink 4

biodata kumpulan k pop blackpink 5

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Instagram Blackpink



Hakcipta iluminasi.com (2017)