gara gara mark adam anak anak abaikan shuib dan siti sarah

Kredit foto: Instagram Mark Adam & Instagram Shuib Sepahtu

Pasangan Shuib dan Siti Sarah mendedahkan penyanyi Mark Adam mempunyai hubungan yang mesra dengan anak-anak mereka, terutamanya anak bongsu, Ariq Matin.

Ini susulan hubungan baik antara Shuib dan Mark sejak tahun 2015 yang membawa kepada pertalian rapat antara kedua-dua keluarga.

Dedah pelawak kumpulan Sepahtu itu, Mark gemar melayani kerenah Matin hingga anak mereka itu menjadi sangat manja kepadanya.

Malah Shuib dan Sarah sudah tidak lagi diendahkan Matin apabila Mark muncul.

Anak-anak kami sangat baik dengan Mark dan isteri. Lebih-lebih lagi anak bongsu kami, Ariq Matin. Ibaratnya jika ada Mark, Matin sudah tidak memandang kami, terus kami tak laku. Mark dan isteri pula sering bermain dan melayan karenah Matin. Saya mula rapat dengan Mark pada tahun 2015. Ketika itu, saya dan Mark terlibat dalam program Juara Parodi. Pada masa yang sama, Sarah melahirkan Matin. Matin memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mark kerana Mark mula rapat dan melayan Matin semenjak Matin lahir lagi.
Sumber: Astro Gempak

Shuib membuat kenyataan tersebut di majlis hari lahir Sarah yang berlangsung Sabtu lalu.

Dalam majlis tersebut, penyanyi lagu Kesetiaan itu diraikan suaminya dan kelab peminat, Hearty Sarah sempena ulangtahun kelahiran yang ke-33 pada pada 15 September ini.

Dalam pada itu, Sarah menafikan berasa cemburu melihat kemesraan anaknya yang terlalu rapat dengan Mark.

Malah dia berasa gembira dengan perkembangan itu memandangkan Mark dan isterinya adalah pasangan yang baik, selain mengenangkan nasib mereka yang belum beroleh zuriat sendiri.

Kami begitu senang dengan Mark dan isteri. Tidak timbul rasa cemburu melihat kemesraan mereka dengan anak-anak. Bagi kami, tiada masalah jika Mark dan isteri rapat dengan anak-anak kerana mereka memang baik. Mereka pun belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata, jadi kami tidak kisah.
Sumber: Astro Gempak


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)