Oleh pada 12 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Zara Zya

    

Susulan kapsyen romantis yang ditulis di Instagram (IG), pelakon Zara Zya tidak menafikan dia kini sedang melalui fasa bahagia bersama seorang jejaka.

Masih melalui proses perkenalan, Zara bagaimanapun lebih selesa merahsiakan identiti insan tersayang yang diperkatakannya itu.

"Betullah tu! Saya sedang berkawan rapat dengan seseorang yang istimewa dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Doakan baik-baik! Walaupun nervous tapi bahagia," katanya kepada portal Mstar.

Terdahulu, Zara pada Sabtu lalu menjadikan IG sebagai ruang berkongsi yang hatinya sudah berpunya.

Namun luahan itu memberi petunjuk bahawa kekasih yang dimaksudkannya itu bukanlah daripada kalangan penggiat seni.

"Walaupun bidang kita berlainan... walaupun pelbagai watak yang saya lakonkan... walaupun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya. Terima kasih terima saya seadanya. Saya sangat bahagia sekarang!" tulisnya.

    

Baca: Biodata Pelakon Zara Zya

Baca: Biodata Pelakon Hafreez Adam, Bekas Tunang Zara Zya

Baca: Biodata Pelakon Azlee Khairi

    

instagram zara zya

Kredit foto: Instagram Zara Zya

    

Gembira dengan kebahagian yang diwar-warkan, masing-masing tampil memberikan reaksi balas, termasuklah rakan artis, Jihan Muse.

"Selalu mendoakan kebahagianmu walaupun aku suka buli kau. Yang ni aku approve. Tapi ingat pesan mak jangan bagi 100 peratus hati tu nanti sakit lagi, sukalah abang uniform, PKP ni pusat kenal pasangan," komen Jihan.

     

kekasih zara zya

Kredit foto: Instagram Zara Zya

     

Dalam pada itu, Zara berkata, identiti lelaki itu bukanlah 'abang uniform' sebagaimana yang didakwa hos wanita berkenaan, tetapi dia lebih selesa merahsiakannya buat masa ini.

"Jihan pun tak tahu siapa... salah faham tu! Boleh jadi dia cakap beruniform sebab sekarang ni kan PKP, semua petugas beruniform sahaja yang keluar rumah.

"Siapa pun jejaka itu, biarlah rahsia dulu!," katanya.

Imbas kembali, Zara sebelum ini bertunang dengan aktor Hafreez Adam pada Oktober 2019, sebelum putus tiga bulan kemudiannya.

    

Sumber berita: Zara Zya dah jumpa pengganti, Jihan kata abang uniform! - “Doakan baik-baik... gementar tapi bahagia”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)