Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Aktor yang sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit misteri, Fendy Bakry, 30, kini dikhabarkan berada di hospital kerana penyakit buah pinggang dan masalah jantung.

Begitupun, menerusi laporan Harian Metro semalam, pelakon Mr Grey itu dikatakan berada dalam keadaan stabil dan sedang di bawah pemantauan doktor.

Bercakap kepada portal itu, rakannya, pelakon Hairi Safwan memberitahu, Fendy sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Namun beliau tidak mengetahui dengan lebih lanjut keadaan Fendy memandangkan pihak keluarganya enggan berkongsi secara terperinci.

selepas pulih penyakit misteri fendy bakry masuk hospital lagi 2

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

"Saya ada menghubungi keluarganya namun doktor tidak membenarkan mereka berkongsi maklumat mengenai keadaan kesihatan Fendy bagi menjaga privasi.

"Apa yang boleh dikongsikan ialah keadaan Fendy sekarang okey. Doktor 'rehatkan' dia disebabkan batuk berlebihan," katanya.

Menurut portal berkenaan, usaha mendapatkan kenyataan pengurus dan keluarga Fendy juga gagal kerana tidak dapat dihubungi.

Terdahulu, Fendy ditempatkan di hospital pada Mac lalu kerana didakwa menghidap penyakit misteri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)