Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Ini adalah perkembangan paling terkini berkenaan pelakon drama Mr Grey, Fendy Bakry, 30, yang sebelum ini dilaporkan menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Isnin lalu.

Menurut pengurusnya, Fadzil Zahari, aktor itu sudahpun dibenarkan keluar daripada hospital semalam, malah keadaannya juga baik meskipun perlu meneruskan pemeriksaan secara berkala.

"Saya ingin maklumkan Fendy sudah dibenarkan keluar hospital. Alhamdulillah dia kelihatan sihat, tapi perlu jalani rawatan susulan.

"Insya-Allah dia akan kembali aktif selepas Aidilfitri ini. Sama-sama kita doakan semoga Fendy kuat menempuh ujian ini dan diberi kesembuhan," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas tentang tahap kesihatan Fendy, Fadzil enggan mengulas lanjut dengan alasan ingin menghormati permintaan keluarga aktor itu serta atas saranan doktor.

selepas diletakkan pada tahap icu ini perkembangan paling terkini fendy bakry 2

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

"Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang serta privasi kepada Fendy ketika ini.

"Saya sebagai pengurus ingin memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi secara terperinci tahap kesihatannya bagi menghormati permintaan keluarga," katanya.

Terdahulu, Fendy yang menjalani rawatan susulan terpaksa ditahan pada tahap Unit Rawatan Intensif (ICU) kerana dikesan mengalami simptom 'pneumonia' (paru-paru berair).

Beliau mendapat bantuan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal, selain direhatkan dengan bius.

Kemasukan oksigen sebagai langkah menghindari kesesakan nafas berpanjangan, serangan asma akibat batuk dan sakit dada yang boleh membantutkan proses rawatan pemulihan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)