Oleh pada 08 May 2018 kategori

kata kawan mr grey bukan penyakit misteri tapi 1

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Umum sedia maklum dengan keadaan kesihatan pelakon, Fendy Bakry, 29, yang dikatakan jatuh sakit sejak awal April lalu.

Dikatakan, hero drama Mr. Grey ini terpaksa pulang ke kampung halaman untuk rawatan susulan selepas ditempatkan di hospital awal Mac lalu.

Terkini, menerusi laporan portal Sinar Harian memaklumkan rakan karib kepada aktor itu telah mendedahkan perkara sebaliknya.

Individu yang ditemui di Pesta Buku Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ketika ditanyakan penyakit sebenar yang dialami Fendy, bagaimanapun berkata:

"Fendy sakit buah pinggang. Dia sendiri yang beritahu kepada saya dan dia bukan alami sakit misteri.

"Saya tak ada melawat tapi ada hubungi menerusi mesej peribadi di Instagram, katanya mengharapkan doa yang baik-baik."

kata kawan mr grey bukan penyakit misteri tapi 2

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Biarpun begitu, beliau akui tidak mengetahui di mana Fendy berada sekarang.

Sementara itu, keadaan aktor yang popular dengan gelaran 'Mr.Grey' ini dikhabarkan sudah beransur pulih.

Bakat kelahiran program Pencarian Hero Remaja 2012 itu dalam kiriman video di laman Instagram kira-kira seminggu lalu memaklumkan:

"Salam semua. Kamu semua sihat ke? Alhamdulillah abang baik. Kita jumpa lagi malam ini (merujuk kepada drama Mr.Grey yang masih ditayangkan)."


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)