Oleh pada 05 Jun 2018 kategori

mr grey minta peminat hati hati 1

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Pelakon Mr Grey, Fendy Bakry berharap para peminatnya tidak terpedaya dengan tindakan segelintir pihak yang menggunakan identitinya untuk sebarang aktiviti tidak bertanggungjawab.

Fendy, 30, berkata, dia tidak pernah menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium untuk menjawab pertanyaan atau berbual dengan peminat.

"Hati-hati semua dengan scammer dekat luar sana, saya tidak akan pernah mesej dengan sesiapa pun, kecuali membaca setiap DM (mesej peribadi) yang di hantar," tulisnya di Instagram.

mr grey minta peminat hati hati 2

Kredit foto: Mstar

Berserta kapsyen itu, Fendy berkongsi paparan skrin seorang individu yang menyamar sebagai dirinya untuk berinteraksi dengan peminat.

Fendy yang juga bekas peserta Hero Remaja 2012 ini berpesan agar netizen tidak termakan dengan penipuan yang cuba dilakukan individu tidak dikenali itu.

Terdahulu, pelakon yang semakin meningkat naik ini menjadi tajuk utama portal hiburan kerana didakwa menghidap penyakit misteri sewaktu menjayakan penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Namun, dalam perkembangan berkaitan, pengurus beliau, Fadzil Zahari memaklumkan situasi penyakitnya sudah beralih pulih.

Ia diikuti dengan kenyataan Fendy pada 25 Mei lalu yang menyatakan keadaannya berada dalam keadaan 'baik-baik' sahaja dan tidak seteruk seperti yang diwar-warkan media.

Beliau dalam masa sama berjanji untuk menceritakan kisah sebenar yang berlaku selepas kesihatannya pulih sepenuhnya nanti.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)