sidang media jelaskan penyakit sebenar fendy bakry 1

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Pelakon Mr Grey, Fendy Bakry bakal kembali merancakkan kerjaya seninya yang ditinggalkan sejak tiga bulan lalu.

Perkara itu diakui oleh Fadzil Zahari selaku pengurus Fendy, yang mana katanya, pelakon yang sebelum ini menghidap penyakit misteri itu sudahpun 80 peratus beransur pulih.

"Alhamdulillah boleh dikatakan sudah 80 peratus sihat. Sekarang dia masih berehat di kampungnya di Perlis.

"Namun 15 September dia akan kembali ke Kuala Lumpur dan memenuhi undangan serta menjalani kehidupannya semula seperti biasa,” katanya kepada Mstar Online.

Mengulas penyakit sebenar dihidapinya, Fadzil berkata, perkara itu bakal dijelaskan dalam sebuah sidang media oleh pelakon itu sendiri, dalam tempoh terdekat ini.

Dalam masa sama, Fadzil akui terkilan dengan spekulasi yang disebarkan pihak sekeliling memandangkan ia bercanggah sama sekali dengan realiti sebenar yang dihadapi aktor itu.

sidang media jelaskan penyakit sebenar fendy bakry 2

Kredit foto: Instagram Fadzil Zahari

"Semuanya biar Fendy sendiri yang cerita nanti pada sidang media. Saya juga berharap tiada lagi pihak yang beri kenyataan tentang keadaan kesihatan dia.

"Ia tidak benar dan hanya mengeruhkan keadaan sahaja,” katanya.

Bercerita rencana kerjaya, Fadzil mendedahkan pendirian Fendy yang belum bersedia menjayakan drama rantaian buat masa ini kerana tuntutan komitmen yang tinggi.

Sebaliknya, keutamaan bakal diberikan kepada telefilem dengan tempoh kerja yang singkat.

"Kita tak berani nak ambil drama panjang yang perlu komitmen tinggi. Tawaran memang banyak selepas drama Mr Grey tapi biar keadaan dia betul-betul pulih,” katanya.

Terdahulu, gosip pelakon meningkat naik itu hangat diperkatakan netizen selepas dilapor mengalami sakit kepala dan lemah badan ketika menjayakan penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)