Oleh pada 11 Sep 2022 kategori

Kredit: Instagram @lufyalaana

 

Artis berdarah campuran Arab dan Jawa, Lufya Omar meluahkan kekecewaannya terhadap laporan sebuah akhbar yang menuduhnya gagal memberikan kerjasama terhadap pihak polis berhubung percubaan menculik anak tunggalnya, Laana Haura yang berusia 4 tahun, kira-kira dua bulan lalu.

 

"Beberapa hari lalu, kenyataan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengatakan saya tidak datang dan membantu siasatan selama 2 bulan telah mengundang pelbagai tohmahan dan salah faham," akuinya.

  

 

Berkongsi sebuah perbualan pengguna Facebook, dedah bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu, terdapat tuduhan liar bahawa ia sebuah kejadian palsu selain mengaitkan bekas pasangannya, Che Muhammad Hafiz bertindak sebagai dalang.

 

"Ada yang memberi komentar berbaur fitnah dimana saya mencipta kontroversi ini demi meraih populariti dan perhatian. Tidak masuk akal sama sekali.

  

 

"Saya mencari rezeki dengan wajah, takkan saya mahu 'toreh' muka saya sendiri untuk tujuan publisiti? Tidak mungkin juga saya ingin menyembunyikan 'jenayah' bekas suami saya jika dia terlibat dalam kes ini," pertahannya.

 

Sekitar hujung Jun lalu, Lufya cedera dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki di sebuah taman permainan sebelum berjaya melawannya menggunakan seni mempertahankan diri.

 

Komen Pilihan

 

"Tempat kejadian dikelilingi rumah. Pengawal keselamatan pun dekat, bukan tempat sunyi. Siang-siang buta, kalau menjerit pun pengawal tersebut boleh dengar," canang seorang netizen.

 

Ia kemudian dibidas Lufya dengan menulis, "Apabila akal tidak digunakan, cakap ikut nafsu jahat."

 

Sumber:

1. Forum CARI

2. Instagram Lufya Omar

3. Wikipedia Lufya Omar

4. ohmymedia.cc 




Hakcipta iluminasi.com (2017)