Oleh pada 06 Oct 2019 kategori

lufya cerai

Kredit foto: Instagram Dr Che Hafiz & Instagram Lufya Omar

   

Suami pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis terhadap isterinya.

Dr Che Hafiz, 29, berkata, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada minggu lalu itu, bertujuan untuk menjaga reputasinya sebagai penjawat awam, termasuk keluarganya yang tercalar dek beberapa tuduhan yang dirasakan melampau.

“Semua tuduhan dia terhadap saya itu tidak benar dan ia keterlaluan! Disebabkan tuduhan yang dilemparkan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negatif.

“Jadi, saya bertindak membuat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor,” katanya kepada portal Mstar.

Terdahulu, bintang Akademi Fantasia musim keenam itu mencanang isu rumah tangga dihadapi dengan mendakwa suaminya mengabaikan tanggungjawab dan melakukan penganiayaan terhadap dirinya.

Malah, Lufya menafikan dakwaan Dr Che Hafiz yang mengatakan mereka sudah bercerai melalui lafaz yang dihantar melalui aplikasi sembang Whatsapp.

Sementara itu, Dr Che Hafiz enggan membuka mulut berkenaan pergolakan rumah tangga dihadapi kerana menghormati kes yang sedang dalam siasatan polis.

Beliau bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk ke mahkamah sekiranya perlu, memandangkan mempunyai bukti bahawa dakwaan yang dilemparkan tidak benar sama sekali.

    

suami lufya 973

Kredit foto: Instagram Dr Che Hafiz

   

“Saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai perkara ini sebab kes sudah dalam siasatan polis. Kalau saya bagi banyak lagi kenyataan, bimbang timbul masalah lain pula.

“Jadi, apa-apa pun kita tunggu saja keputusan siasatan itu. Tapi, saya dah bersedia naik mahkamah untuk selesaikan masalah kami sebab saya ada bukti yang kukuh segala tuduhan itu tidak benar,” katanya.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga 26 November 2016 dan hasil perkongsian hidup mempunyai seorang anak bernama Laana Haura yang sedang menginjak ke umur dua tahun.

   

Sumber berita: Dr Che Hafiz Buat Laporan Polis Terhadap Lufya - “Semua Tuduhan Terhadap Saya Tidak Benar Dan Keterlaluan!”

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)