Oleh pada 18 Sep 2019 kategori

suami lufya 459

Kredit foto: Instagram Dr Che Hafiz

   

Pelakon Lufya Omar, 34, memohon agar ikatan perkahwinan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz, diakhiri dengan cara yang sewajarnya.

Lufya atau nama lengkapnya, Lutfyah Sheikh Omar, berkata, dia tidak mengetahui suaminya itu sudah melafazkan cerai menerusi aplikasi Whatsapp, sebagaimana didakwa.

 “Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.

“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.

“Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.

“Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Dr Che Hafiz mendakwa, sudah menghantar lafaz cerai terhadap isterinya melalui aplikasi sembang berkenaan.

Pasangan itu berkahwin pada 26 November 2016 dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura, 2. 

Dalam pada itu, bintang Akademi Fantasia musim keenam itu redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir yang terbaik buat mereka berdua.

Lufya bagaimanapun berharap, suaminya menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam melalui proses berkenaan.

    

che muhammad hafiz

Kredit foto: Instagram Dr Che Hafiz

    

“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini,” katanya.

   

Sumber berita: Pulangkan Saya Dengan Cara Baik Juga - Lufya

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)