datuk aliff syukri mahu lapor polis dedah video pembantu rumah buat hal

Kredit foto: dtecconan.blogspot.my

Awal pagi tadi berlaku satu kekecohan apabila usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri berkongsi sebuah video yang menggemparkan netizen.

Mana tidaknya, video yang dimuat naik di laman Facebooknya itu memaparkan Aliff sedang mengamuk selepas menangkap kedua-dua pembantu rumahnya mencuri.

Lebih teruk lagi, selepas mencuri pembantu rumah yang berasal dari negara Indonesia itu melakukan perancangan untuk melarikan diri, meskipun niat buruk itu berjaya dihidu Aliff.

Baru sahaja berkhidmat selama sebulan, pembantu rumah yang dikenali sebagai Fitri itu didakwa mencuri kain sutera bertatahkan batu Swarovski yang dibeli dari Itali, wang tunai berjumlah RM100 dan beberapa helai pakaian.

Aliff yang tidak dapat menahan amarahnya, lantas bertegas untuk membawa masalah tersebut kepada pihak polis.

Apa yang membuatkan api kemarahan Aliff memuncak apabila pembantu tersebut masih bersifat tenang dan cuba mempertahankan kesalahannya.

Netizen menerusi ruangan komen menggesa Aliff untuk meneruskan niatnya membuat laporan polis.

Berikut kami kongsikan video kontroversi berkenaan. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)