Oleh pada 13 Apr 2018 kategori

selepas 6 bulan akhirnya hans isaac dedah punca sebenar batal kahwin 1

Kredit foto: thenutgraph.com & Instagram Gabrielle Robinson

Aktor dan penerbit, Datuk Hans Isaac akui melalui proses sukar ketika mula-mula memutuskan pertunangan kira-kira enam bulan lalu.

“Tiga ke empat bulan pertama selepas saya membatalkan perkahwinan saya, memang saya akui sangat sedih. Pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya,” katanya menurut portal Harian Metro.

Meskipun hubungannya dengan Gabrielle Robinson sudah lama berakhir, Hans akui perasaan hormatnya terhadap keluarga wanita terbabit tidak pernah luntur.

“Saya hormat keluarganya namun saya tidak mahu ada sebarang kaitan dengan wanita itu lagi,” katanya.

Menurut Hans, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat olehnya sendiri tanpa bertanyakan pendapat Gabrielle.

Ini kerana, katanya, ada tindakan bekas tunangnya itu yang telah menyinggung perasaannya hingga ke tahap tidak boleh diterima oleh mana-mana lelaki.

selepas 6 bulan akhirnya hans isaac dedah punca sebenar batal kahwin 2

Kredit foto: thesundaily.my

“Saya tak boleh menyekat dia melakukan apa dia mahu dan tidak boleh terlalu memaksanya.

“Saya tidak boleh terima apa pernah dilakukannya dan saya pasti, tidak ada satu lelaki pun boleh menerima apa pernah dilakukannya,” katanya.

Mengulas mengenai keterbukaannya menerima wanita lain dalam hidup, Hans mengambil pendirian untuk tidak terburu-buru.

Terdahulu, pelakon filem Buli ini bertunang dengan Gabrielle pada 29 Januari 2017 dan dijadualkan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.

Begitupun, perkahwinan mereka ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Namun, pada 30 Oktober, Hans mengumumkan pembatalan perkahwinannya di mana ketika itu Gabrielle sedang berada di China.


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)