pengumuman mengejutkan hans isaac batal perkahwinan 1

Kredit foto: Utusan Online

Datuk Hans Isaac akhirnya memilih untuk membatalkan perkahwinan dengan tunangnya, Gabrielle Robinson.

Aktor berusia 46 tahun itu memberitahu dia membuat keputusan tersebut selepas berfikir panjang - sejak mereka bertunang pada 29 Januari lalu.

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," katanya.

Di kesempatan itu, Hans memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan tak berbelah bahagi yang diberikan serta sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.

Sebelum ini, aktor itu memuat naik kiriman di laman Instagram dengan peribahasa berbahasa Inggeris berbunyi, "Never Doubt Your Instinct" (jangan sekali-kali meragui naluri anda) disertai kapsyen "A Leopard will never change her spots! Time to move on" (Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! Masa untuk teruskan hidup).

pengumuman mengejutkan hans isaac batal perkahwinan 2

Kredit foto: Instagram Hans Isaac

Dalam erti kata lain ia membawa makna seseorang itu tidak akan pernah berubah.

Bagaimanapun entri itu tidak dinyatakan kepada siapa, walaupun ramai yang membuat andaian ia berkaitan hubungannya dengan Gabrielle.

Ogos lalu, pasangan ini memadam gambar bersama dalam akaun Instagram masing-masing, namun Hans menafikan dakwaan pertunangan mereka putus.

Awalnya, mereka dijadualkan berkahwin pada 29 Julai sebelum mengubah ke tarikh yang tidak dimaklumkan.

Sumber berita: Mstar & Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)