Oleh pada 15 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Hans Isaac

Datuk Hans Isaac menepis dakwaan kononnya dia bercinta dengan model dari Brazil, Amdressa Galvao.

Pelakon, pengarah dan penerbit itu bagaimanapun, memperkenalkan wanita itu sebagai teman lamanya dan memberitahu mereka kembali bertemu baru-baru ini.

"Takkan benda macam ini pun nak dijadikan cerita. Dia kawan lama saya dan baru-baru ini kami berjumpa. Kami hanya minum kopi bersama," katanya menurut Harian Metro.

Gosip itu mula timbul selepas Hans memuat naik gambarnya bersama Amdressa di laman Instagram.

Bagaimanapun, Hans tidak memberikan sebarang respon mengenai spekulasi yang dibuat para peminat di ruangan komennya.

“€Akaun Instagram saya memang terbuka untuk umum dan semua orang boleh menulis komen yang mereka mahu.

€"Kalau ia berbaur negatif atau menimbulkan pergaduhan, saya akan padam komen itu," katanya.

Foto sensasi yang dimuat naik Hans pada petang Selasa itu berserta kapsyen:

"Aneh cara dunia bekerja. Lapan tahun lalu kami terpisah di tempat berbeza dan hanya berkomunikasi menggunakan emel. Kini, kami bertemu semula di Kuala Lumpur dan minum kopi bersama.

"Diharap, ia tak akan mengambil masa lapan tahun lagi untuk kita bertemu semula @andressagalvaob."

Kiriman itu meraih lebih 4,000 tanda suka dan dibanjiri 100 komen peminat.

Terdahulu, Hans bertunang dengan Gabrielle Robinson pada 29 Februari lalu dan dijadualkan berkahwin pada 29 Julai.

Namun perkahwinan itu ditunda, sebelum akhirnya pada 30 Oktober lalu mereka memutuskan untuk membatalkan perkahwinan serta pertunangan tersebut.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)