Oleh pada 22 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Instagram @dianadanielleb & mStar Online

Sekumpulan selebriti tanah air memeriahkan Toyota Gazoo Racing yang diadakan di Medini City, Iskandar Puteri, Johor dengan menyertai sebuah perlumbaan baru-baru ini.

Menerusi perlumbaan hari pertama, Shawn Lee berjaya berada di kedudukan teratas setelah menghabiskan 20 pusi­ngan, disusuli Syukri Yahya (tempat kedua) dan Fattah Amin (tempat ketiga).

“Saya merasa puas pertama kali menamatkan perlumbaan di kedudukan ti­ga teratas selepas dua perlumbaan terdahulu di Pulau Pinang dan Selangor.

“Saya berharap akan melakukan yang terbaik pada perlumbaan seterusnya dan mengulangi kejayaan pada hari ini,” ujar Fattah.

Acara itu juga menyaksikan penyertaan figura awam lain seperti Datin Diana Danielle meskipun tidak berjaya ke garisan penamat akibat kemalangan. Sementara itu, selebriti serba boleh, Janna Nick hanya menduduki tangga keenam.

Manakala perlumbaan kelas Sporting menyaksikan kemenangan Wong Chin Eeg selaku juara, Brendan Paul Anthony di kedudukan kedua dan Kenneth Koh Keik Lun di kedudukan ketiga.

Dalam pada itu, Ho William tampil sebagai pemenang utama perlumbaan kelas Super Sporting, serta Wong Yew Choong di posisi kedua dan Syafiq Ali di tangga ketiga.

Selain itu, program berkenaan juga menyediakan banyak aktiviti mengujakan termasuk persembahan drift oleh juara dunia dari Jepun, sesi bertemu artis, aktiviti pandu uji, "Toyota Gazoo Fun Ride" dan cabutan bertuah.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)