Kredit foto: beautifulnara.com

Berkat kesabaran menerima cemuhan terhadap buku '99 Kata-Kata #QalifModen', pelakon Fattah Amin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila buku tersebut telahpun mendapat pengiktirafan 'Buku Paling Popular' pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017) yang sedang berlangsung.

Tidak cukup setakat itu, Fattah terus mengorak langkah dengan menghasilkan sebuah novel pula berjudul 'Wanita Terakhir' yang telahpun dilancarkan semalam.

Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan pula novel.

Bagaimanapun, Fattah menafikan dakwaan yang mengatakan novel itu memaparkan kisah cintanya bersama Neelofa.

Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya. Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan. Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi.

Malah, novel juga itu juga dilaporkan dalam proses perancangan untuk diadaptasi dalam sebuah drama yang akan dilakonkan oleh Fattah sendiri.

buku fattah amin 99 kata kata qalifmoden diiktiraf buku paling popular di pbakl2017 1

Sumber: BH Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)