Kadang-kadang bila kita sedang berjalan sambil memegang kertas atau buku, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Tak sempat nak sembunyi buku yang dipegang, terus basah lencun. Bila sampai di rumah, anda perhatikan helaian buku sudah melekat-lekat.

selamatkan buku basah keringkan buku banjir hujan

Lebih menyedihkan apabila rumah anda dilanda banjir. Jika anda seorang pencinta buku, mesti anda rasa mahu menangis. Tapi janganlah menangis kerana kami akan kongsikan cara untuk menyelamatkan buku-buku anda itu.

Caranya agak memakan masa dan memerlukan sedikit kerja keras, tapi berbaloi-baloi. Lebih jimat daripada anda terpaksa buang buku yang berkedut-kedut sehingga terpaksa beli buku yang baru.

buku basah hujan banjir bocor keringkan guna kipas dan tisu dapur

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah tisu dapur, kipas, angin, sekeping kayu (atau kotak) dan batu-bata (atau apa-apa pemberat.) Kemudian, tonton video ini untuk kaedah terbaik menyelamatkan buku yang basah yang digunakan oleh perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia:

Selain itu, jika buku anda menjadi basah terkena air yang kotor, anda boleh mencelup atau membersihkan buku tersebut dalam takungan air yang bersih terlebih dahulu sebelum dikeringkan.

Dan jika ada bau yang tidak menyenangkan melekat di buku setelah dikeringkan, anda boleh mendirikan buku tersebut di dalam sebuah kotak bertutup (posisi sama seperti kaedah mengeringkan buku) dan meletakkan sedikit soda penaik. Namun, anda perlu memastikan soda penaik itu tidak terkena buku. Biarkan semalaman dan bau busuk itu akan hilang.

buku basah hujan banjir bocor keringkan

Jika anda tidak sempat menyelamatkan buku serta-merta, anda boleh letak dahulu buku basah itu di dalam plastik yang kedap udara dan simpan di dalam peti ais di bahagian petak sejuk beku (freezer). Apabila anda sudah mempunyai masa terluang, bolehlah dikeluarkan untuk proses pengeringan.

keringkan buku basah hujan banjir

Apa-apapun, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dalam penjagaan buku. Jika rumah anda sering dilanda banjir, simpanlah buku di rak yang tinggi dan berhati-hati apabila membaca di dalam hujan atau ketika berendam di bilik mandi!

Rujukan: Empty Mirror Books


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)