tun m seorang yang rajin membaca

Membaca adalah jambatan ilmu. Mereka yang banyak membaca buku pasti mempunyai pengetahuan yang luas. Di zaman serba canggih ini pembacaan telah menjadi sangat mudah dengan adanya teknologi telefon pintar.

Namun begitu, masih ramai yang masih malas membaca. Bagi mereka yang tidak sempat hidup di era canggih ini, buku adalah satu-satunya medium bacaan yang mudah.

Dan biasanya harga bagi sebuah buku tidaklah begitu mahal membuatkannya mudah didapati. Namun terdapat beberapa buah buku istimewa yang mempunyai harga tak masuk akal.

iluminasi.com kongsikan 5 buku yang paling mahal pernah dijual dalam sejarah.

5. Rothschild Prayer Book - RM60.3 juta

rothschild prayer book

Juga dikenali sebagai "Rothschild Hours", buku ini adalah manuskrip berilustrasi dan berhias yang ditulis dalam bahasa Flemish. Manuskrip ini disusun oleh beberapa seniman di sekitar tahun 1500 hingga 1520 dan mempunyai 254 lembaran. 

Ia telah dibeli pada tahun 1999 dengan harga RM60.3 juta sekaligus menjadi manuskrip berilustrasi paling mahal di dunia.

4. Bay Psalm Book - RM64.1 juta

bay psalm book

Buku "Bay Psalm" mungkin terkenal sebagai buku pertama yang dicetak di British Amerika Utara dan ia pertama kali dicetak di Cambridge, Massachusetts pada tahun 1640.

Khabar angin mengatakan hanya terdapat 11 salinan sahaja yang tinggal ketika ini, salah satunya telah dijual dalam satu lelongan pada tahun 2013 dengan harga RM64.1 juta.

3. St. Cuthbert Gospel - RM64.1 juta

st cuthbert gospel

"St. Cuthbert Gospel" atau "Stonyhurst Gospel" adalah sebuah kitab injil saku yang ditulis dalam bahasa Latin dari abad ke-8. Apa yang membuatkan kitab ini unik adalah ia adalah salah satu contoh pertama percetakan buku di dunia.

Ia dijual dalam satu acara lelongan pada tahun 2012 dengan harga RM64.1 juta.

2. Magna Carta (salinan asal) - RM96 juta

magna carta

Magna Carta yang juga dikenali sebagai Magna Carta Libertatum adalah piagam yang disusun oleh Uskup Agung Canterbury dan dipersetujui oleh Raja John dari England untuk melakukan perdamaian di antara beliau dan sebuah kumpulan pemberontak.

Pada tahun 2007, salinan asal Magna Carta telah dibeli dalam sebuah lelongan dengan harga mencecah RM96 juta dan khabar angin mengatakan pembelinya adalah David Rubenstein, dermawan terkenal Amerika Syarikat.

1. The Codex Leicester, Leonardo da Vinci — RM138.7 juta

the codex leicester

Buku nota yang mengandungi 72 halaman ini mungkin yang paling terkenal daripada jurnal saintifik Leonardo Da Vinci.

Ia mengandungi buah fikiran beliau yang ditulis sendiri olehnya dan teori-teori mengenai pelbagai topik termasuklah pergerakan air, mengapa bulan bercahaya bahkan mengenai fosil.

Pada tahun 1717, manuskrip ini dibeli buat kali pertama oleh Thomas Coke, yang kemudiannya menjadi Earl of Leicester, membawa kepada penamaan buku ini kepada "Codex Leicester".

the codex leicester 2

Pada tahun 1980, manuskrip ini berada dalam tangan pengumpul seni, Armand Hammer. Namun, pada tahun 1994, jurnal ini telah dibeli oleh Bill Gates dengan harga RM138.7 juta, menjadikannya sebagai buku paling mahal yang pernah dijual dalam sejarah.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)