Oleh pada 31 Jan 2018 kategori

3 cara betul untuk melupuskan al quran yang sudah lama dan rosak

Sumber Foto: islamiquemagazine.com

Umat Islam percaya bahawa Al-Quran mengandungi Kalam Allah, iaitu kata-kata Allah yang sebenar. Jadi, kitab suci ini perlu dikendalikan dalam keadaan suci dan bersih, dan perlu disimpan di tempat yang bersih, dengan cara hormat. 

Tidak tidak dielakkan, terdapat waktu apabila Al-Quran perlu dilupuskan kerana mungkin sudah tua, lama dan rosak. Terdapat 3 cara utama untuk melupuskan Al-Quran, iaitu menanam, meletakkan dalam air yang mengalir, dan membakar. 

Cara Pertama: Menanam Al-Quran

menanam al quran di kawasan masjid atau perkuburan

Sumber Foto: shutterstock.com

Bagi kaedah pelupusan ini, Al-Quran perlu dibungkus menggunakan kain bagi melindunginya daripada tanah, dan ditanam di dalam lubang yang dalam.

Pemilihan tempat perlulah di kawasan di mana tiada orang ramai yang lalu lalang, selalunya di tanah masjid ataupun kawasan perkuburan. Menurut para ulama, ini adalah cara terbaik bagi melupuskan Al-Quran.

Cara Kedua: Melupuskan Al-Quran Di Kawasan Yang Ada Aliran Air

melupuskan al quran dalam air yang mengalir

Sumber Foto: mnn.com

Melupuskan Al-Quran dengan meletakkannya di tempat yang ada aliran air seperti sungai atau laut turut dipraktikkan.

Dengan cara ini, dakwat pada kitab suci tersebut akan keluar dan terlarut ke dalam air. Kertas muka surat daripada Al-Quran juga akan musnah secara semulajadi melalui kaedah ini.

Sesetengah ulama turut menyarankan mengikat Al-Quran yang ingin dilupuskan dengan sesuatu objek yang berat seperti batu contohnya agar ia tenggelam apabila diletakkan ke dalam saliran air. 

Sebelum melakukan pelupusan cara ini, pastikan rujukan kepada pihak berkuasa dibuat terlebih dahulu. 

Cara Ketiga: Bakar & Abu Al-Quran Diletakkan Ke Dalam Air Yang Mengalir (Sungai Atau Laut)

melupuskan al quran melalui pembakaran dan abu diletakkan ke dalam laut ata sungai

Sumber Foto: hdqwalls.com

Kebanyakan ulama bersetuju cara pelupusan melalui pembakaran Al-Quran yang sudah lama sebagai cara terakhir, namun dengan cara yang penuh hormat dan di tempat yang bersih dan suci. 

Bagi kaedah ini, perlu dipastikan agar pembakaran tersebut sempurna, yakni kesemua muka surat dihapuskan. Al-Quran tidak boleh dibakar dengan sampah-sampah.

Sesetengah berpendapat bahawa abu yang terhasil haruslah ditanam atau dibuang ke dalam air yang mengalir, seperti cara kedua di atas. 

Kebenaran bagi cara ini diperolehi daripada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Pada zaman beliau, Al-Quran telah disusun mengikut dialek bahasa Arab yang konsisten dan dipersetujui secara rasmi. 

Al-Quran versi lama pula telah dibakar dan dikendalikan dengan penuh hormat. 

Lain-Lain Cara Melupuskan Al-Quran

Shredding (Cincang atau Potong Halus)

shredding potong halus al quran untuk pelupusan

Sumber Foto: ondemandhouston.com

Ini adalah cara lazim pada zaman moden ini, asalkan setiap muka surat dipotong halus dan teks tersebut tidak lagi kelihatan seperti Al-Quran. Hasil potongan pula perlu ditanam atau diletakkan di dalam air yang mengalir. 

Simpan Al-Quran

simpan al quran lama dalam gua di pakistan 772

Sumber Foto: gettyimages.com

Isu pelupusan boleh dielakkan sama sekali dengan meletakkan Al-Quran di dalam simpanan tetap. Sesetengah umat Islam lebih suka untuk membalut teks tersebut dengan kain dan disimpan di tempat selamat. 

Di Pakistan, Al-Quran yang dibalut selalunya disimpan di gua. Di Yaman, Syria dan Tunisia pula, Al-Quran purba masih disimpan di dalam masjid dan hanya ditemui ketika pengubahsuaian rumah ibadat itu. Sebahagian daripadanya adalah daripada kurun ke-7 lagi. 

Tiada apa-apa ritual atau prosedur yang perlu diikuti bagi penanaman atau pembakaran Al-Quran untuk tujuan pelupusan. Namun, pelupusan perlu dilakukan dengan niat yang betul.

Di kebanyakan negera Islam, masjid tempatan memainkan peranan untuk mengumpul Al-Quran yang ingin dilupuskan.

gua tempat pelupusan al quran

Masjid mempunyai bekas untuk mereka yang ingin melupuskan kitab tersebut atau apa-apa bahan lain yang mempunyai ayat-ayat Al-Quran atau nama Allah di atasnya. 

Di sesetengah negara bukan Islam, terdapat badan bukan kerajaan (NGO) yang mengatur pelupusan Al-Quran. Furqaan Recycling adalah antara salah satu contoh organisasi seperti itu yang beroperasi di Chicago. 

Semua cara atau kaedah yang disebut di atas hanya tertakluk kepada Al-Quran yang original, yakni dalam bentuk bahasa arab dan bukannya terjemahan ke mana-mana bahasa lain. 

Terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa lain bukanlah Kalam Allah, sebaliknya ia adalah tafsiran maksud kitab itu menurut pemahaman manusia. Jadi, pelupusan terjemahan Al-Quran tidak wajib mengikut cara di atas.

Walaubagaimanapun, adalah disarankan untuk mengendalikan terjemahan Al-Quran dengan penuh hormat. 

Rujukan:

  1. blogs.cornell.edu
  2. quora.com
  3. thoughtco.com

tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)