Oleh pada 04 May 2017 kategori

Kredit foto: mynewshub.cc

Pelawak Zizan Razak yang sering digosipkan bercinta dengan gadis cantik kini dikatakan sedang intim dengan pelakon comel, Mira Filzah.

Zizan yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Juliana Evans dan Emma Maembong, bagaimanapun belum pernah memberi komen tentang hubungannya bersama Mira.

Sebelum ini, Zizan terbukti seringkali keluar bersama Mira menerusi beberapa keping foto dan video. 

Terkini, Zizan dikatakan tampil meluahkan rasa cinta kepada Mira semasa pelakon itu tampil live di Instagram.

Ayat pickup-line yang digunakan Zizan untuk memikat Mira berbunyi 'sekuat wifi awak, kuat lagi sayang saya pada awak'.

luahan cinta zizan terhadap mira filzah 1

Ramai pengikut Instagram yang terkejut dan beranggapan perbuatan tersebut cukup romantik.

Sumber: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)