yang xiao sedang mengajar teknik permainan video di sekolah teknikal lanxiang di china 158

Hampir semua para guru dan pensyarah tidak gemar untuk mengetahui pelajar mereka bermain permainan video di dalam kelas ketika pembelajaran sedang berlangsung.

Namun di sebuah sekolah di timur China, perkara ini adalah wajib dan merupakan salah satu silibus untuk melatih juara sukan elektronik serta terlibat dalam industri yang sedang meletup.

Dahulunya dikaitkan dengan para remaja terperap di dalam bilik, sukan elektronik atau e-sport kini membangun dengan pesanya, melihatkan para pemainnya menggondol hadiah lumayan dalam pertandingan permainan video.

iResearch, sebuah syarikat penyelidikan internet dari China menganggarkan hampir 260 juta orang sudah melibatkan diri bermain sukan e-sport atau menonton pertandingan di negara itu.

Dan pertumbuhan ini tidak langsung menunjukkan tanda-tanda ia akan merudum dalam masa terdekat.

Firma penyelidikan pasaran, Newzoo menganggarkan bahawa industri ini akan bernilai RM3.76 bilion dalam pendapatan global pada 2018, peningkatan sebanyak 38.2% berbanding tahun lalu.

Dan China sahaja merangkumi 18% daripada jumlah ini.

Permainan telah menjadi sukan pasukan di 910 universiti di seluruh China, tetapi terdapat juga peningkatan dalam pertubuhan pendidikan.

Sekolah pertama menawarkan kursus e-sport

pelajar di sekolah teknikal lanxiang sedang menghadiri kuliah 815

Ia lebih menarik lagi apabila Sekolah Teknikal Lanxiang, menjadi antara sekolah pertama yang mengajar kemahiran ini yang diperlukan untuk kejayaan e-sport ini.

Sekolah ini yang terkenal dengan latihan vokasional dalam operasi penggalian, pembaikan kenderaan dan seni kulinari telah menambah satu lagi kursus: Sukan elektronik.

Program ini mengambil masa selama 3 tahun untuk memupuk bakat dan kemahiran dalam sukan atas talian. Kira-kira 50 pelajar mendaftar untuk kursus e-sukan yang pertama yang dilancarkan pada bulan September.

"Pada mulanya, ramai ibu bapa menyangka ia hanya bermain permainan video. Tetapi, ia bukan seperti yang disangkakan. E-sport berkembang ke tahap yang sangat tinggi dan ia menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi," kata pengarah sekolah ini, Rong Lanxiang. 

Di sekolah yang terletak di Jinan ini, pelajar memfokuskan dalam meningkatkan kemahiran dalam antara beberapa permainan e-sukan yang paling popular.

League of Legends, salah satu permainan yang paling banyak dimainkan di dunia, adalah pertarungan strategi di mana pemain bertarung satu sama lain dalam arena digital.

pelajar di sekolah teknikal lanxiang sedang mendengar kuliah yang diberikan

kursus 3 tahun e sukan

playerunknown s battleground

Permainan seperti Overwatch, Counter Strike dan juga PlayerUnknown Battleground yang kini sangat popular juga merupakan bahagian penting dalam sukatan pelajaran yang luar biasa ini.

"Dahulu ia hanya hobi bagi saya. Saya sangat berminat bermain permainan video dan ia adalah industri baru. Saya rasa terdapat prospek yang sangat bagus padanya," jelas Teng Xin yang menghabiskan masa sekurang-kurangnya 20 jam seminggu berlatih permainan video.

Pada usia 22 tahun, Teng Xian risau bahawa mungkin dirinya mungkin terlalu tua untuk menjadi atlet e-sport profesional, namun berasa yakin dia boleh menjadi jurulatih.

Dalam tahun pertama, kelas-kelas terbahagi kepada dua bahagian iaitu separuh bermain permainan video dan separuh lagi pembelajaran teori mengenai cara untuk berjaya dalam industri ini.

Selepas tahun pertama, para pelajar akan dibahagikan. Pemain-pemain video yang terbaik akan fokus dalam menjadi pemain profesional manakala yang lain diajarkan kemahiran termasuk mengorganisasikan acara, promosi dan menjadi jurulatih.

Yuran tahunan yang berpatutan

para pelajar sedang berlatih bermain permainan video 916

Yuran tahunan kursus ini adalah kira-kira 13,000 yuan atau RM7,850 yang mana agak berpatutan bagi kursus di China.

Seperti di Malaysia di mana pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN dan berjaya mendapatkan CGPA yang baik, para pemain yang berbakat yang menjadi sebahagian daripada pasukan sekolah dikecualikan daripada yuran.

Sekolah Teknikal Lanxiang mensasarkan untuk mengajar sehingga 1,000 pelajar bagi kursus sukan elektronik ini. 

Ketika ini, China adalah pasaran utama e-sport. Pada bulan November 2017, lebih daripada 40,000 peminat berbondong-bondong ke Stadium Olimpik "Sarang Burung" di Beijing bagi menonton perlawanan akhir kejohanan dunia League of Legends.

para pelajar sedang berlatih bermain permainan video 2

para pelajar sedang berlatih bermain permainan video 3

Malah, e-sport akan dimasukkan sebagai sukan dengan hadiah pingat buat kali pertama di Sukan Asia 2022 di Hangzhou dan para penyokongnya sedang berusaha untuk mendapatkan status Olimpik.

Bersama-sama Sekolah Teknikal Lanxiang, terdapat sekurang-kurangnya 2 universiti yang telah melancarkan kursus e-sport ini.

Universiti Staffordshire di England juga sedang merancang untuk melancarkan kursus 3 tahun ini manakala beberapa universiti di Finland dan Moscow telah menawarkan kursus ini.

Di Perancis, terdapat sebuah akademi e-sport terletak di Nantes.

Rujukan:

1. SCMP

2. Panda


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)