7 konsol permainan video paling laris di dunia

Sebelum permainan telefon mudah alih menjadi permainan video utama yang dimainkan oleh majoriti manusia ketika ini, konsol permainan video adalah yang paling popular satu ketika dahulu. 

Ia menjadi sangat popular sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai 1 konsol, dan bagi yang tak mampu memiliki konsol-konsol ini, biasanya akan bermain di kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan ini.

7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

Ia menjadi satu memori yang sangat indah bagi kanak-kanak zaman 90-an, dan bagi penulis, memori yang paling tak dapat dilupakan adalah berkongsi wang saku untuk bermain PlayStation (PS1) dengan bayaran RM4 sejam.

Kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 7 konsol permainan video yang paling berjaya dengan jualan paling tinggi di dunia.

7. Xbox 360 - 85.5 juta unit

xbox 360 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

Xbox 360 adalah satu-satunya konsol bukan keluaran Jepun dalam senarai konsol paling laris di dunia. Dilancarkan sebagai konsol kedua keluaran Microsoft pada 22 November 2005 di Amerika Syarikat iaitu kira-kira setahun sebelum pelancaran pesaingnya iaitu Sony PS3 dan Nintendo Wii, Xbox 360 mencatatkan jumlah jualan sebanyak 85.5 juta unit.

Xbox 360 Pro Edition yang mempunyai cakera keras 20GB dijual dengan harga $400 (RM1,550++). Namun Microsoft yang juga mahu menawarkan model yang lebih murah dengan harga $300 (RM1,200), telah melancarkan model Xbox 360 Core. 

xbox 360 7 konsol permainan video paling laris di dunia 3

Xbox 360 Core tidak mempunyai cakera keras membuatkan kekeliruan kepada pembangun permainan video yang pada mulanya tak pasti bagaimana untuk merekabentuk permainan video dengan disebabkan oleh kekangan ini. Namun pengguna boleh membeli cakera keras Xbox secara berasingan.

Walaupun Xbox 360 dianggap sangat berjaya, namun ia tidak begitu mendapat sambutan di Jepun dengan anggaran unit terjual hanya 1.5 juta unit. Walaupun begitu, ia masih menjadi konsol keluaran Microsoft paling laris setakat ini.

xbox 360 7 konsol permainan video paling laris di dunia

Pesaing: Sony PlayStation 3 dan Nintendo Wii

Game popular: Blue Dragon, Crackdown, Dead or Alive 4, Gears of War, Gears of War 2, Gears of War 3, Halo 3, Halo: Reach, Halo 4, Kameo, Lost Odyssey, Viva Piñata

6. PlayStation 3 - 86.9 juta unit

playstation 3 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

PlayStation 3 dilancarkan pada 11 November 2006 di Jepun diikuti pelancaran di Amerika Utara seminggu kemudian. Setakat ini sebanyak 86.9 juta unit terjual di seluruh dunia menjadikannya sebagai konsol ke-6 paling laris di dunia.

Dilancarkan dengan harga $599.99 USD (RM2,300++), konsol ini merupakan yang termahal di zamannya. Namun, ia juga merupakan konsol pertama yang mempunyai pemacu Blu-ray dan jauh lebih murah daripada pemain Blu-ray, ketika dilancarkan.

playstation 3 7 konsol permainan video paling laris di dunia

Sony merekabentuk cip PS3 dengan kerjasama Toshiba dan IBM. Namun CPU PS3 menjadi kontroversi di kalangan pembangun perisian disebabkan oleh kesukaran programnya. Ia menampilkan pemproses 7-teras 3.2GHz, grafik Nvidia RSX Reality Synthesizer GPU, dan merupakan PlayStation pertama yang menyokong HDMI dan output 1080p.

PS3 mampu memainkan game dari PS2 kerana Sony menggabungkan pemproses PS2 ke dalam PS3. Namun untuk mengurangkan kos, Sony menghapuskan ciri-ciri ini sejurus selepas ia dilancarkan.

playstation 3 7 konsol permainan video paling laris di dunia 3

Pesaing: Nintendo Wii dan Microsoft Xbox 360

Game popular: The Last of Us, Uncharted 2/3, LittleBigPlanet, Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots, God of War III

5. Wii - 101.6 juta unit

wii 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

Berada di tangga ke-5 adalah konsol keluaran Nintendo yang dilancarkan pada 19 November 2006, iaitu Wii. Dengan penghasilan Wii, Nintento mempopularkan kawalan pergerakan dengan alat kawalan jauh Wii Remote dan Nunchuck. 

Perisian Bluetooth mengesan pergerakan dalam 3 dimensi menggunakan pengesan sensor inframerah dan accelerometer. Wii dipuji sebagai hasil kerja Nintendo yang menakjubkan menggunakan alat kawalan pergerakan.

wii 7 konsol permainan video paling laris di dunia

Bukan sahaja ia terjual sebanyak 101.6 juta malah ia menjadi konsol Ninteno bukan mudah alih yang paling laris setakat ini. Jika dibandingkan dengan Xbox 360 dan PlayStation 2, Wii adalah jauh lebih teknikal dengan CPU IBM PowerPC Broadwaay dan memori 88MB.

Pesaing: Microsoft Xbox 360 dan Sony PlayStation 3

Game Popular: Wii Sports, Mario Kart Wii, Super Paper Mario, Donkey Kong Country Returns, Kirby’s Epic Yarn, Super Smash Bros. Brawl, The Legend of Zelda: Skyward Sword, Super Mario Galaxy series, Metroid Prime 3: Corruption

4. PlayStation (PS1) - 104.25 juta

playstation 1 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

PlayStation, atau lebih dikenali sebagai PS1 adalah konsol permainan video pertama yang mencecah unit jualan melebihi 100 juta sejak pelancarannya pada 3 Disember 1994. Ia adalah sebahagian daripada konsol permainan video generasi ke-5 dan bersaing dengan Sega Saturn dan Nintendo 64 di pertengahan tahun 1990-an.

Pemangkin penghasilan PS1 adalah datang daripada kegagalan perkongsian di antara Nintendo dan Sony. Ketika itu kedua-dua syarikat ini sedang berbincang untuk membina add-on bagi Super Nintendo. 

playstation 1 7 konsol permainan video paling laris di dunia

playstation 1 7 konsol permainan video paling laris di dunia 3

PS1 menawarkan pemacu CD-ROM dwi-laju, pemproses CPU 1-teras yang mempunyai 2MB RAM dan 1MB RAM video dengan grafik yang mampu menjana 360,000 poligon per saat. Apa yang lebih menarik adalah PS1 memainkan peranan yang penting dalam peralihan industri permainan video dari grafik 2D kepada 3D. 

Pesaing: Sega Saturn dan Nintendo 64

Game popular: Resident Evil series, Tekken series, Dead or Alive, Tomb Raider, Final Fantasy VII/VIII/IX, Castlevania: Symphony of the Night, Silent Hill, Metal Gear Solid, Crash Bandicoot, Tony Hawk’s Pro Skater 2, Gran Turismo, Chrono Cross, Spyro the Dragon, PaRappa the Rapper

3. Game Boy/Game Boy Color - 118.7 juta unit

game boy 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

Diinspirasikan oleh Nintendo NES dan konsol handheld mudah alih Game & Watch, Nintendo telah melancarkan Game Boy pada 21 April 1989 di Jepun. Konsol 8-bit ini ketika itu bersaing dengan konsol Sega iaitu Game Gear.

Ketika di awal pelancarannya, Game Boy menggunakan sistem monokrom dan pada tahun 1998, Game Boy Color SKU akhirnya dilancarkan yang menawarkan warna 15-bit.

game boy 7 konsol permainan video paling laris di dunia

Gabungan kedua-dua versi Game Boy ini membuatkan konsol ini menjadi konsol ke-3 paling laris di dunia dengan jumlah jualan sebanyak 118.7 juta unit.

Pesaing: Sega Game Gear

Game popular: Super Mario Land, Pokémon series, Tetris, The Legend of Zelda: Link's Awakening, Metroid II: Return of Samus, Donkey Kong Land

2. Nintendo DS - 154.9 juta unit

nintendo ds 7 konsol permainan video paling laris di dunia

Pada 21 November 2004, Nintendo telah melancarkan satu permainan video mudah alih "handheld" baru iaitu 32-bit DS. Nintendo DS menampilkan 2 skrin LCD dengan reka bentuk clamshell. Skrin di bahagian bawah berfungsi sebagai skrin sentuh dan ia mempunyai sokongan sambungan mikrofon dan sambungan tanpa wayar.

Walaupun ia mendapat sambutan hangat, namun Nintendo DS menghadapi saingan daripada Sony PSP.

Tetapi ia masih mampu memberikan tentangan dan berjaya menjadi konsol sistem handheld paling laris setakat ini dengan jumlah jualan sebanyak 154.9 juta unit di seluruh dunia, jauh mengalahkan Sony PSP yang terjual sebanyak 80.8 juta unit.

nintendo ds 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2

nintendo ds 7 konsol permainan video paling laris di dunia 3

Pesaing: Sony PlayStation Portable (PSP)

Game popular: Super Mario 64 DS, Diddy Kong Racing DS, Pokémon Diamond and Pearl, Pokémon Platinum, Guitar Hero: On Tour, New Super Mario Bros, Mario Kart DS, The World Ends with You, The Legend of Zelda: The Phantom Hourglass, Animal Crossing: Wild World, The Legend of Zelda: Spirit Tracks

1. PlayStation 2 - 157.7 juta unit

playstation 2 7 konsol permainan video paling laris di dunia 2 266

Pertama kalinya dilancarkan pada 4 Mac 2000 di Jepun, PlayStation 2 adalah konsol paling laris di dunia setakat ini dengan unit terjual sebanyak 158 juta dalam tempoh 12 tahun.

PS2 adalah sebahagian konsol generasi ke-6 dan bersaing dengan Sega Dreamcast, Nintendo GameCube dan Microsoft Xbox. PS2 dikatakan mengalahkan pesaing-pesaingnya disebabkan oleh penghasilan melebihi 2,000 pilihan permainan video.

playstation 2 7 konsol permainan video paling laris di dunia

PS2 dilancarkan dengan CPU Emotion Engine iaitu yang mempunyai pemproses 1-teras, sistem RAM 32MB dan video RAM 4MB. Konsol ini juga boleh memainkan game dari PS! yang mana merupakan ciri yang rare pada ketika itu.

Ia juga merupakan konsol pertama yang menyokong penggunaan DVD ketika itu yang membolehkan PS2 mampu memainkan filem DVD.

playstation 2 7 konsol permainan video paling laris di dunia 3

Pesaing:  Sega Dreamcast, Nintendo GameCube dan Microsoft Xbox

Game popular: Final Fantasy X, Devil May Cry, Suikoden series, Metal Gear Solid 2/3, Twisted Metal Black, Silent Hill series, Jak and Daxter, Ratchet & Clank, Sly Cooper, Kingdom Hearts I/II, Katamari Damacy, God of War I/II, Gran Turismo 3: A-Spec

Rujukan:

1. Gamespot

2. Statista


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)