Oleh pada 18 Aug 2017 kategori

sekian lama bertengkar hafiz hamidun dan joy revfa buat kejutan pagi ini 1

Kredit foto: edisiviral.com

Satu perkhabaran gembira menjengah telinga peminat dunia hiburan pagi ini.

Selepas beberapa hari berperang di alam maya, pasangan Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa dikhabarkan sudah berbaik.

Mereka memuat naik kapsyen di laman Instagram masing-masing menggambarkan hubungan yang keruh sudahpun kembali jernih.

Hafiz dalam kiriman Instagram terbaru memohon agar apa yang dirancangkannya akan berjalan dengan lancar.

Salam Jumaat! Semuanya baik-baik saja, semoga Allah mudahkan urusan.

Sumber: Instagram Hafiz Hamidun

Tidak ketinggalan, Joy dalam kapsyennya seolah memberi bayangan sudah memaafkan Hafiz disertai hashtag "aku wanita terbahagia".

Alhamdulillah.. semoga segala urusan kita hari ini dan akan datang dipermudahkan oleh Allah SWT. Memaafkan tidak akan mengubah masa lalu, tapi pasti akan mempermudahkan masa depan. #HJ #aurapositif #akuwanitaterbahagia

Sumber: Instagram Joy Revfa

Lebih menarik, kiriman Instagram Joy turut mendapat sokongan Hafiz yang memberikan emoji bagus di ruangan komen.

Netizen menyambut baik kiriman kedua-dua mereka, tak kurang ada juga yang terkejut kerana perhubungan pasangan itu menjadi baik hanya dalam sekelip mata. 

sekian lama bertengkar hafiz hamidun dan joy revfa buat kejutan pagi ini 2

sekian lama bertengkar hafiz hamidun dan joy revfa buat kejutan pagi ini 3

Kredit foto: Beritamemey


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)