Hari ini, penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Turut hadir bersama Joy adalah ibu, kakak serta adik lelakinya.

Sejurus selepas tamat urusan di mahkamah, Joy membuat beberapa kenyataan kepada pihak media.

joy revfa dedah punca hafiz hamidun mohon batal nikah 2

Dedah Joy, Hafiz telahpun memfailkan pembatalan perkahwinan mereka. Manakala pasangan itu hanya tinggal sebumbung selama enam hari.

Mengulas isu perkahwinannya, Joy memberitahu selesai berbulan madu dan menyiapkan penggambaran rancangan Romantika di Taipei, Hafiz telah datang ke rumah mereka dan mendakwa perkahwinan yang dibina tidak sah dengan alasan urusan penceraian Joy bersama bekas suami masih belum selesai.

joy revfa dedah punca hafiz hamidun mohon batal nikah 3

Bagaimanapun Joy menafikan kenyataan Hafiz kerana jelasnya, dia telah menyelesaikan urusan itu lebih awal demi menghormati permintaan Hafiz yang mahu perkahwinan dipercepatkan.  

Kehadiran Joy ke mahkamah hari ini adalah untuk mengesahkan perkahwinan tersebut sekaligus mendapatkan haknya sebagai isteri dan wanita. Joy masih menyimpan hasrat untuk meneruskan perkahwinan. 

Kredit foto: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)