Oleh pada 18 Aug 2017 kategori

Kredit foto: religionnews.com & Instagram Joy Revfa

Isu perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun bertambah hangat apabila selepas sekian lama mendiamkan diri, penyanyi itu akhirnya bersuara lantang dalam ruangan komen Instagram.

Dalam komen tersebut, Hafiz menyindir isterinya, Joy Revfa kerana memuat naik kenyataan panjang lebar di laman Facebook semata-mata ingin memperlihatkan dirinya tidak bersalah di mata umum. 

Berang disindir, Joy tampil membalas komen Hafiz.

Joy menyatakan kesediaan untuk mendedahkan bukti-bukti rahsia Hafiz kepada masyarakat. 

joy revfa bagi amaran kepada hafiz hamidun ada bukti untuk dibongkar 2

Kredit foto: Beritamemey

Barangkali kerana tidak mahu isu tersebut berpanjangan, Hafiz akhirnya bertindak memadam kiriman yang mengandungi komen-komen perbalahan mereka.

Sementara itu, rata-rata netizen menyelar tindakan Joy yang gemar mendedahkan keaiban suami kepada khayalak. Netizen beranggapan isu ini semakin berpanjangan kerana sifat Joy yang tidak henti-henti membuat kenyataan berterusan di media sosial. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)