Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

dia cuba berselindung di sebalik karangan acah acah suci respon panas hafiz hamidun pada joy revfa 1

Kredit foto: Twitter Hafiz Hamidun & jubahsemalam.com

Semalam isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa telah menulis luahan hatinya tentang sebuah perkahwinan bermasalah yang dipercayai ditujukan kepada Hafiz.

Dalam luahan tersebut, Joy meluahkan rasa kecewa apabila seorang isteri yang sanggup berkorban apa sahaja demi perkahwinan akhirnya diabaikan suami yang tidak bertanggunggjawab.

Rata-rata netizen percaya kenyataan Joy itu adalah luahan terhadap pergolakan rumah tangganya sendiri. Keadaan menjadi hangat apabila netizen mula berspekulasi di media sosial.

Menyedari situasi yang makin tegang, Hafiz memuat naik kiriman terbaru di laman Instagram sebagai respon balas.

Sabar ya semua, bagi sikit masa lagi. Lepas tu, buatlah pertimbangan. #TiadaDrama 

Sumber: Instagram Hafiz Hamidun

Seorang netizen tampil di ruangan komen menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap luahan terdahulu Joy yang dianggap berbaur serangan terhadap Hafiz.

Lantas Hafiz membalas komen individu itu dengan satu jawapan panas yang dipercayai ditujukan buat isterinya.

Dia bukan tak tahu cerita sebenar tapi cuba berselindung di sebalik karangan-karangan acah-acah suci diri, tetapi sebenarnya tak ada poin yang kukuh. Tenang saja. Orang yang tenang itu menang.

Sumber: Instagram Hafiz Hamidun

dia cuba berselindung di sebalik karangan acah acah suci respon panas hafiz hamidun pada joy revfa 2

Kredit foto: Beritamemey 

Kami berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak. Hafiz pula janganlah tunggu terlalu lama untuk membuat kenyataan rasmi. Bimbang nanti lebih banyak spekulasi buruk yang tersebar. 


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)