Oleh pada 26 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Joy Revfa & Instagram Hafiz Hamidun

Penyanyi Hafiz Hamidun kecewa dengan tindakan isterinya, Joy Revfa yang cuba memanipulasikan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Menurut Hafiz, kenyataan sebenar Haris adalah merujuk kepada perkahwinan mereka yang diluluskan, bagaimanapun Joy menafsirkannya kepada umum seolah-olah perkahwinan mereka disahkan.

Hafiz tidak mahu orang ramai terpedaya dengan percubaan wanita itu dalam memutarbelitkan fakta sebenar.

Kerana tindakan Joy itu juga membuatkan Hafiz menjadi mangsa kecaman netizen berikutan ramai yang terpengaruh dengan dakwaan yang dikeluarkannya.

hafiz hamidun dedah fakta yang cuba dikelirukan joy revfa 2

Kredit foto: hangat.com

Kenyataan JAIS itu sama seperti apa yang saya jelaskan dalam sidang media Selasa lalu. Kalau dibaca dengan teliti tidak ada apa yang mengelirukan, cuma orang kita keliru dengan tajuk berita itu. Disebabkan itu saya dihentam pengguna laman sosial. Pada masa sama, Joy tidak sepatutnya memuat naik status dengan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai. Joy tidak boleh menganggap pernikahan kami sah menerusi kenyataan JAIS itu. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini yang mana pernikahan kami tidak sah berdasarkan beberapa fakta kukuh. Jangan manipulasi kenyataan yang ada. Isu sekarang bukan lagi membabitkan pernikahan sah atau tidak, sebaliknya kembali kepada tuntutan Joy iaitu faraq nikah atau pembubaran nikah. Bagi yang faham apa berlaku, tidak ada masalah. Cuma yang tidak faham saja yang main cakap dan hentam. Saya sudah penat dengan isu ini. Kalau boleh saya nak habiskan cepat. Banyak lagi perkara lain saya nak buat. Sehinggakan kalau saya muat naik gambar orang tetap komen yang bukan-bukan.
Sumber: Harian Metro

Dalam masa yang sama, Hafiz berharap Joy dapat berhenti daripada membuat sebarang kenyataan terbuka sehingga tibanya hari perbicaraan mereka iaitu pada 14 September ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)