Oleh pada 21 Aug 2017 kategori

isu perkahwinan tidak sah giliran hafiz hamidun buka mulut

Kredit foto: religionnews.com

Isu perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa kembali menjadi tajuk muka akhbar hari ini apabila pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah pagi tadi.

Difahamkan, tujuan Hafiz ke mahkamah adalah untuk memfailkan permohonan faraq kerana menganggap perkahwinan mereka tidak sah, namun terkejut kerana Joy telah terlebih dahulu melakukannya pada Jumaat lalu tanpa pengetahuannya.

Malah Hafiz tidak menjangka Joy awal-awal lagi telah membuat kenyataan media sejurus selepas selesai urusan di mahkamah tadi.

Menerusi Instagram Live, Hafiz tampil memberikan penjelasan.

Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap. Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi.
Sumber: Instagram Hafiz Hamidun

Tambah Hafiz, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat. Urusannya di mahkamah hari ini menjadi sukar kerana banyak pihak ingin melibatkan diri. 

isu perkahwinan tidak sah giliran hafiz hamidun buka mulut 2

Kredit foto: Beautifulnara
Sepatutnya hari ini dah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit.
Sumber: Instagram Hafiz Hamidun 

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)