Oleh pada 15 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun & Instagram Joy Revfa

Penyanyi Hafiz Hamidun memberitahu kes perkahwinannya tidak sekali-kali membawa penyesalan kepadanya, sebaliknya dia hanya bersifat positif.

Malah Hafiz turut mempelajari perkara baru dan berharap masyarakat turut sama mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.

Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku. Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain.
Sumber: Mstar

Terdahulu, permohonan faraq nikah yang difailkan oleh isterinya, Joy Revfa terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menurut peguam syarie yang mewakili Joy iaitu Aznir Suhaida Dolah, anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami pertama iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria menetapkan 9 November hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam pada itu, Hafiz mengeluarkan amaran kepada Joy supaya lebih serius dengan permohonan faraq nikah yang difailkan wanita itu di mahkamah.

Penyanyi berusia 33 tahun itu menyelar tindakan Joy yang sering berubah pendirian hingga menyusahkannya.

Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah. Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga. Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah.
Sumber: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)