Tahan lasak dan tahan lama, jeans merupakan pakaian yang dibuat menggunakan fabrik berwarna biru.

Jeans sebenarnya mula digunakan sebagai pakaian untuk golongan pekerja lombong emas sewaktu berlakunya pembukaan banyak lombong emas di California pada tahun 1849. Pada ketika itu, sesiapa yang memakai seluar denim atau jeans ini dianggap sebagai golongan kelas bawahan yang terpaksa melakukan kerja-kerja 3D - dirty, dangerous dan demeaning.

jeans

Perkataan 'jeans' pula berasal daripada tahun 1600 lagi apabila digunakan untuk merujuk sejenis pakaian yang kasar fabriknya dan dipakai oleh pekerja-pekerja buruh, yang selalunya dibuat menggunakan fabrik yang digelarkan 'genes fabric' di Genoa, Itali.

Asal 'denim' pula datangnya daripada daerah pengeksport kain biru tahan lasak itu, iaitu daerah Nimes di Perancis, yang digelar 'serge de Nimes' atau 'kain dari Nimes.' Untuk memudahkan sebutan, pembuat pakaian Amerika memendekkannya menjadi 'denim.' Kain denim menggunakan warna biru gelap dengan tujuan untuk mengelakkan kesan kotoran menjadi kelihatan akibat kerja-kerja berat yang dilakukan.

jeans throughout history emgn3

Jeans pertama dibuat hasil buah fikiran dua orang lelaki, tukang jahit bernama Jacob Davis dan seorang peniaga bernama Levi Strauss. Melihat peluang untuk menjana keuntungan akibat bercambahnya pembukaan lombong emas di California, Jacob bertemu dengan Levi dengan idea untuk mencipta pakaian yang tahan lasak.

Levi pada waktu itu menjual fabrik untuk khemah dan pakaian bagi pekerja lombong. Dengan menggunakan idea dan kemahiran Jacob serta bahan-bahan yang dibekalkan oleh Levi, mereka berjaya menghasilkan pakaian kerja yang lebih lasak, menggunakan beberapa rivet tembaga pada bahagian pakaian untuk menguatkannya.

e49bf5bf7063c17df015c6b716808a0d e1454282283908

Beberapa dekad berikutnya, populariti jeans biru merebak kepada golongan petani, penternak dan peladang di barat Amerika. Kemuncaknya bermula pada tahun 1930 apabila sebuah syarikat pakaian bernama Wrangler ditubuhkan hanya untuk menghasilkan pakaian denim bagi dipakai oleh pekerja-pekerja ini.

Teknologi filem membantu mempopularkan jeans apabila filem-filem pada ketika itu mula menayangkan koboi-koboi bergaya yang gemar memakai seluar lasak diperbuat dari denim. Atas populariti itu, semakin ramai yang berminat hendak memakai pakaian yang sama kerana rupanya yang kasual, segak dan agak lasak. Jeans mula menjadi pakaian orang kebanyakan.

0984a8208ae191a1152b512aed64ba3b jeans lee jimmy dean

Pada 1908, paten untuk jeans yang dipegang oleh Levi Strauss akhirnya tamat dan jeans mula dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar lain. Budaya jeans dari Amerika ini yang semakin popular mula bercambah ke serata dunia selepas jeans mula dieksport ke Eropah.

Sehingga ke hari ini, jeans masih lagi menjadi pilihan ramai orang atas faktor keselesaan dan ketahanan kainnya yang lasak dan kukuh. Warna-warna fabrik denim pula semakin banyak dengan variasi pelbagai warna serta corak mampu dibeli kita semua.

Jenama-jenama jeans juga semakin banyak seperti GA Blue, Texas, Lee dan pelbagai lagi jenama lain yang muncul untuk memenuhi permintaan masyarakat dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)