Anda mungkin selalu mendengar tentang fobia-fobia yang cukup terkenal seperti trypophobia (takut kepada lubang-lubang kecil pada kulit), Thalassofobia (takut kepada laut) dan juga fobia kepada ketinggian ataupun gayat. Namun, dalam artikel kali ini, Iluminasi akan berkongsi tentang satu fobia yang amat jarang kita dengar iaitu Vestiphobia.
Vestiphobia adalah sejenis fobia yang akan menyebabkan penghidap fobia ini berasa takut terhadap pakaian. Para saintis percaya bahawa penyakit ini dapat berpunca daripada perlbagai sebab yang berbeza, seperti seseorang yang alergi terhadap jenis-jenis kain tertentu mahupun seseorang yang memiliki pengalaman yang buruk terhadap pakaian tertentu.
Apakah punca Vestiphobia?
Pengalaman traumatik yang melibatkan pakaian atau kain boleh menyebabkan seseorang itu mengalami Vestiphobia. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kecenderunagn dalaman iaitu keturunan mahupun genetik. Para saintis berpendapat bahawa keturunan, genetik, dan pengalaman dalam hidup merupakan gabungan utama yang menyebabkan terhasilnya fobia tehadap sesuatu perkara.
Dalam kes-kes yang tertentu, Vestiphobia berpunca daripada fobia yang lain.Tamsilnya, seseorang yang memakai pakaian yang ketat dan menghidapi penyakit claustrophobia (ketakutan terhadap kesempitan), akan menyebabkan dia berasa takutu untuk memakai pakaian dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya Vestiphobia.
Apakah gejala Vestiphobia?
Seperti kebanyakan gejala fobia yang lain, penghidap fobia ini sering berasa cemas dan takut untuk berpakaian. Gejala ini berbeza bagi setiap individu mengikut kepada tahap ketakutan mereka. Secara umumnya, mereka melaporkan bahawa mereka berasa seperti :
1. sesak nafas
2. rasa seperti terperangkap
3. degupan jantung tidak terkawal
4. berasa seperti pakaian tersebut membebankan mereka
5. berpeluh secara berlebihan
6. berasa loya
7. sentiasa gementar
Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyembuhkan fobia ini?
langkah yang terbaik untuk anda lakukan bagi merawat fobia ini adalah dengan menajalani kaunseling, hipnoterapi dan psikoterapi.
Hipnoterapi adalah rawatan yang biasa dilakukan bagi penghidap penyakit fobia. Oleh kerana pakaian merupakan kepentingan seharian kita, hipnoterapi merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan ketakutan anda terhadap pakaian.
Sumber rujukan ;