Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Tidak dinafikan aktres Nora Danish antara selebriti yang paling berani tampil dengan imej berbeza dan terkini. Memang kena pada gayanya kerana Nora juga adalah seorang wanita yang rupawan.

Dan yang terkini, Nora tampil dalam sebuah foto yang memaparkannya sedang menggayakan seluar jeans koyak di bahagian lutut dan paha. Fesyen ini tidaklah begitu asing kerana ramai juga netizen di luar sana yang mengenakannya. 

fesyen seluar jeans terlajak seksi nora danish dikecam 2

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Bagaimanapun jeans versi Nora ini mungkin kelihatan sedikit berbeza dan agak seksi.

Para pengikut di Instagram Nora tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pendapat mereka.

fesyen seluar jeans terlajak seksi nora danish dikecam 3

fesyen seluar jeans terlajak seksi nora danish dikecam 4

Kredit foto: Beautifulnara 

Meskipun dikritik hebat, ada juga sesetengah netizen yang memberi komen positif dengan mengatakan fesyen Nora ini unik dan menyerlahkan lagi pesona yang ada pada dirinya. Apa pula kata anda?




Hakcipta iluminasi.com (2017)